Thursday, 16 January 2014

MY TOURIST GUIDE BAB 7

BAB 7
            Tanganku depangkan,mataku pejam. Nafasku tarik dalam,ku hembus perlahan. Woohoo! Langkawi depan mata. Akhirnya,lagi sekali sampai jugak aku kesini. Rasanya kali terakhir aku ke sini dua tahun lepas. Ya,dua tahun lepas yang meninggalkan kenangan pahit dalam hidup aku.
Apa khabar dia sekarang? Dah habis belajar ke dia? Kat mana agaknya dia sekarang? Bahagia ke dia sekarang? Sudah dua tahun aku tak pernah dengar cerita dan berjumpa dia. Semua tentang dia cubaku buang sejauh mungkin. Selama dua tahun jugak aku cuba melupakan dia.
“Ammara,kenapa stop? Tak nak jalan?”
Aku menoleh tatkala mendengar suara itu. Ekran. Aku dah warning jangan panggil aku Ammara. Tapi mamat ni buat tak tahu je,slumber badak dia je panggil Ammara. Lantaklah,tak kuasa nak larang dah.
“Saja nak sedut udara Langkawi banyak-banyak. Buat bekal,”ujarku loyar buruk. Sebenarnya nak cover malu sebab dia tangkap aku mengelamun.
“Pandai bergurau awak ni. Dah,jom. Semua dah tunggu tu,tinggal kita je. Bas pun dah sampai,”Ekran menarik tanganku keluar dari jeti Kuah. Baru aku perasan semua ahli lawatan dah takde. Tinggal aku dengan mamat ni je. Lama sangat ke aku mengelamun?
Yang mamat ni pun suka-suki dia je tarik tangan aku. Apa aku ni muhrim dia ke? Nasib berlapik,kalau tak aku kelar tangan sasa dia tu. Aku menarik balik tanganku dari pegangannya.
“Tangan ni nak pegang sampai bila?”
“Er,hehe. Sorry,”ujarnya seraya melepaskan tanganku. Kami beriringan keluar dari jeti,menunggu bas di kawasan parking bersama peserta lawatan yang lain.

DARI jeti Kuah kami menaiki bas syarikat ke tempat penginapan kami,Hanif Resort and Spa yang terletak di Pantai Cenang. Hanif Resort and Spa adalah anak syarikat dibawah label Hanif Empire Holdings dan cawangannya terdapat di seluruh pantai peranginan di semenanjung Malaysia antaranya Pulau Langkawi,Pulau Redang,Cherating,Pulau Pangkor dan Batu Ferringghi.
Pukul 5.30 petang barulah semua urusan selesai dan kami dapat bilik masing-masing. Setiap bilik memuatkan empat orang dan dilengkapi dua katil bersaiz queen,side table,almari solek,sebuah televisyen dan bilik mandi serta tandas.
Cuma mamat kerek tu je duduk bilik asing dan tak sebilik dengan peserta yang lain. Dia kongsi bilik dengan Luqman. Aku pulak? Heaven! Duduk sorang je dalam bilik besar gedabak ni,tak share dengan siapa pun. Tapi mamat tu sempat usik aku.
“Ammara,be careful with big and spacious room.”
Aku buat tak layan.
“Ammara,bilik besar-besar ni kalau duduk sorang-sorang bahaya.”
Aku agak berminat. Tapi,control. Tayang muka toya.
“Believe it or not,it might be something or someone or somebody or whatever with you. As your companion. But too bad,you can’t see it.”
Erk! Kenapa dengar macam seram je? Uiihh,bulu roma meremang ni.
“Awak jangan merepek boleh tak? Jangan nak takutkan oranglah,”marahku. Tapi dia tak takut pun aku marah. Senyum lagi tu. Okey,now aku dah kecut. Aku nak duduk dengan siapa? Semua bilik dah full. Cuak! Ah,pedulikan. Yang penting,rest. Kejap lagi nak lepak kat pantai.
“Okey semua dah boleh masuk bilik masing-masing,rest. Petang ni aktiviti bebas. Korang pun mesti penat kan? Up to you all nak buat aktiviti apa pun as long as kat pantai ni je. Tapi petang ni ada volleyball telematch. Kalau korang nak join bolehlah turun pantai pukul 6 karang. So,enjoy your rest,”ujar Luqman sambil tersenyum. Tercantas lamunan aku pasal mamat tu.
My room,here I come. My bed,here I jump. Hehe. Penat hampir  seharian perjalanan. Mandi,solat and rest kejap. Lepas tu? Pantai Cenang,here I come!

AKU hanya duduk diatas pasir sambil memerhati mereka bermain bola tampar pantai. Aku tak terasa nak main pun. Lebih senang duduk memerhati sambil melayan perasaan. Cewahh. Tapi kalau dah ada mamat tu,takkan dibiarnya aku hidup tenang.
“Ammara,come,”dia menggamit aku kearahnya. Aku buat tak layan,tak pandang dia pun.
“Ammara,jomlah main bola tampar ni. Takkan datang jauh-jauh nak termenung je kut? Tak bestlah macam ni,”ajaknya lagi. Ishh,kacau je. Aku cakap bukan-bukan karang touching pulak. Dahlah kes dalam feri tadi pun aku tak mintak maaf lagi ni.
“Tak naklah. Saya nak duduk je,tengok korang main.”
Aku tak pedulikan ajakkannya. Aku bangun berjalan,mengambil angin. Tak tahu berapa lama dan berapa jauh aku jalan. Tak terasa,mungkin sebab asyik melayan perasaan.
Kenangan dua tahun lepas datang bertamu kembali. Kenapa mesti aku ingat balik kenangan-kenangan lalu? Aku hampir-hampir dapat melupakan segalanya. Mungkinkah sebab lawatan ni? Ya,lawatan ke Langkawi. Langkawi yang telah mengimbas kembali lipatan pahit itu. Lipatan pahit yang sedaya upaya aku cuba buang sejauh mungkin dari hidupku.
Terkadang aku pernah meminta. Bagus andainya aku dihilangkan ingatan tentang siapa dia pada aku dulu. Andainya boleh…

“AMMARA.”
Ishh,siapa pulak panggil aku ni. Kacau aku berangan betullah. Takkan Ekran pulak. Bukan tadi dia main bola tampar ke? Tapi kalau dah panggil aku Ammara,mestilah dia kan? Siapa lagi? Takkan “dia” kut.
“Ammara.”
Suaranya kali ini lebih jelas. Aku terkedu! Suara tu… Aku menoleh. Hezrin. Langkahku cepatkan. Menyesal pulak aku tolak ajakan Ekran tadi. Tulah. Konon nak lari dari mulut buaya,sekali masuk mulut singa daa…
“Ammara wait,”lenganku diraih. Nasib berlapik. Aku hanya menunduk,memakukan pandangan ke kakiku. Tak sudi nak pandang makhluk depan aku ni. Dua tahun kau menghilang. Kenapa sekarang kau kembali?
“Ammara,pandang abang,”dia cuba menyentuh daguku. Aku menepis kasar.
“Sorry,saya takde abang. Saya tak kenal awak,”suaraku mendatar. Marah dan tangis cuba kukawal semampu mungkin. Tak ingin aku titiskan airmata aku ni untuk lelaki macam dia. Aku ingin segera berlalu.
“Ammara,abang mintak maaf. Abang tau abang salah,abang khilaf. Abang tak patut buat macam tu,”suaranya mendayu. Meraih simpati mungkin. Tapi sorry. Kalau dulu mungkin aku akan simpati dengan dia. Tapi sekarang tak mungkin. Aku dah tahu macam mana berbelang dia punya hidung.
“Encik,saya tak kenal siapa encik. Macam mana pulak encik cakap encik ada buat salah dengan saya? Dahlah,saya takde masa nak layan encik,”langkah kuhayun laju. Namun dia terus mengejarku.
“Ammara,please. Give me one more chance to  fix my fault. Let’s start all over again,”pintanya. Start all over again?
“Listen. I don’t know who you are and I don’t want to know. You can fix or start all over again,but not with me. As for me,you’re dead!”hamburku. Airmataku bergenang. Harapnya mataku bagi kerjasama. Jangan menangis disini. Sekurang-kurangnya bukan depan makhluk ni.
“Ammara.”
Ada suara memanggil namaku. Suara lain. Aku menoleh. Ekran. Dia buat apa kat sini? Dia dah nampak ke adegan Hindustan tadi? Aku kaku ditengah-tengah. Antara Ekran dan “dia”.
“Ammara dear. Where have you been? Merata saya cari. Thank god jumpa jugak. Kalau tak,tak taulah.”
Erk? Okey. Ammara dear tu memang panggilan yang dia selalu guna pun. Tapi yang bab dia cari aku tu. Kenapa dia cari aku? Kalau tak jumpa kenapa? Bukan aku selaku tourist guide ke yang kena cari and pantau tourist? Ini dah terbalik.
“Siapa ni Ammara?” “Dia” menyoalku. Mungkin terkejut dengan kemunculan Ekran. Mungkin jugak terkejut dengan panggilan Ekran.
“Saya Ekran,husband-to-be Ammara,”Ekran perkenalkan dirinya seraya menghulurkan tangan untuk bersalam. Eh,suka-suki dia je mengaku bakal suami aku. Tapi aku rasa Ekran ni nak tolong aku daripada “dia”. Oh,thank you so much my saviour.
“Ammara dah nak kahwin? Kenapa abang tak tau?”soal “dia” lagi. Riak wajahnya terkejut dan terluka. Peduli apa aku kalau dia nak terluka pun? Dua tahun lepas ada dia peduli dengan aku punya terluka?
“Jodoh encik. Thank god saya jumpa dia. Someone yang tau hargai saya,setia dan memahami. Paling penting dia ikhlas dengan saya. Doakan kami encik.” Saja aku menyindir dia.
Dia nak terasa? Go ahead. Biar dia tahu yang aku boleh hidup tanpa dia. Apa dia ingat dia tu oksigen ke? Aku akan mati kalau dia takde? Oh please! Berlakon mesti mau mantap.
“Jom sayang. Kita balik chalet. Family mesti tunggu kita tu. Sorry saya keluar jalan-jalan tak bagitau awak,”ujarku tersenyum manis. Ekran nampak tersentak namun perlahan-lahan dia tersenyum.
“Jom. Encik,kami mintak diri dulu,”Ekran tersenyum.
Aku beriringan jalan kaki ditepi pantai dengan Ekran. Malu sebenarnya dengan dia. Mesti dia tengok adegan tadi. Kalau tak,takkan dia tolong aku.
“Menangislah Ara,kalau tu boleh buat awak lega,”dia tersenyum manis.
Ara…sedap didengar. Tak pernah orang panggil aku dengan nama tu. Airmata yang cuba aku tahan sedari tadi menitis juga. Lupa malu. Lupa siapa Ekran. Sebu didada tak mampu aku tahan. Aku menangis tanpa suara,hanya bahu terhinggut-hinggut menahan tangis. Airmata mengalir lesu dipipi.
Bukan sedih kerana “dia” tinggalkan aku. Tapi sedih kerana aku terlalu mudah dibohongi. Terlalu mudah percayakan orang. Ya,itulah kelemahanku. Aku terlalu mudah percayakan orang. Akibatnya aku ditipu.
“Ara,kalau awak perlukan someone untuk awak luahkan apa yang terbuku kat hati awak tu,awak boleh share dengan saya. I’m here for you,”bicaranya tulus.
Mukaku angkat,aku pandang wajahnya. Mungkin telahan aku salah. Mungkin dia tak seteruk yang aku sangkakan. Entah kenapa,aku senang dengar bicaranya yang tulus. Mungkin selama ni aku tak sedar. Yela,asyik bergaduh je. Yang pasti,nafas dia dah tak berbau rokok. Dia dah quit ke?
“Kalau dengan tengok muka saya boleh hilangkan apa yang terbuku dalam hati awak tu,saya sanggup berdiri depan awak 24/7,”dia menyakat. Malu oii tertangkap tilik muka anak teruna orang. Nampak macam gatal tak?
Wajah aku tundukkan. Airmata cuba kutahan. Aku harus kuat. Takkan sekali-kali aku membuka lipatan pahit itu kembali. Takkan…

“AMMARA,are you okay?”Ekran bersuara bimbang.
“Aaaa… Okay,I’m okay,”aku senyum sekilas. Airmata dipipi sudah kering.
“Don’t cry dear. Please. Saya tak tahu apa sejarah awak dengan dia,apa salah dia dengan awak. Tapi tak berbaloilah awak menangis untuk lelaki macam dia. I’m sure dia pernah lukakan hati awak. Jangan menangis eh? Membazir airmata awak je. Dahlah dia tak handsome.”
Eh? Nak menangis pun kena cari yang handsome ke? Aku pandang wajahnya. Dia tersenyum manis. Oh,nak bagi aku senyum rupanya.
“No,I’m not. Saya menangis bukan sebab dia. Tapi sebab kebodohan diri sendiri. Tapi takpelah,sekurang-kurangnya saya boleh belajar daripada pengalaman. Yeah,you’re right. Dia tak handsome,buat apa nak menangis untuk dia kan? Tak berbaloi,”aku tertawa. Senyumnya kubalas.
“Awak,mulai sekarang kita kawan eh? Boleh?”soalnya.
“Kenapa?”soalan berbalas soalan.
“Saya nak kawan dengan awak. Bolehlah. Bukan senang tau saya nak kawan dengan orang ni. Awak ni satu dalam seribu tau. Bertuah awak sebab saya pilih awak jadik kawan saya.” Angkat bakul sendiri nampak.
“Okey,kita kawan.”
“Okey. Jom perkenalkan diri semula. Saya Ekran Firdaus Hanif. I’m 25 years old and own a business. Oh yeah,I’m single and available.”
Okey,ada unsur promote diri sendiri disitu.
“Saya Ammara Qurainsha Borhan. I’m 22 years old and work as a tourist guide. Ahha,I’m single but not available.”
“Friend?”soalnya sambil menghulurkan jari kelengkeng. Aku tersenyum.
“Friends,”ujarku seraya menundukkan badan sedikit. Huluran kelengkengnya tak kusambut Wajahnya kupandang lagi.
“Awak,saya nak mintak maaf sebab tinggikan suara kat awak atas feri tadi and thank you so much sebab tolong saya tadi. Terkejut jugaklah awak mengaku my husband-to-be. And saya nak mintak maaf sangat-sangat kat awak atas semua salah saya,perlanggaran kita. Maaf eh?”mata aku kerdipkan.
“It’s okay my dear. Saya tak marahkan awak pun,saya tak ambil hati. Infact saya bersyukur sangat tau sebab kita terlanggar,”dia tersenyum lagi.
“Bersyukur? Kenapa?”
“Sebab kita berlanggarlah saya boleh jumpa awak. Tak pernah seumur hidup saya ada orang berani sembur saya macam tu. Siap cakap nafas saya bau loji kumbahan lagi.”
Erk! He he he. Malu. Celupar betul mulut aku.
“Sebab awak jugak saya quit merokok tau. Thanks to you. May I call you Ara? Ammara tu panjang sangat. Qurainsha pulak tak ekslusif dah sebab orang lain panggil awak Qurainsha. Boleh eh,Ara dear?”sengih pulak dia. Siap kelip-kelip mata tu. Comel! Comel sejuta kali.
“As you wish,”sengihnya kubalas.
“Thank you dear.”
“Most welcome.”

Wajahnya kupandang. Dia turut memandangku. Aku terpaku. Dia terpaku. Kami sama-sama terpaku. Ada debaran didada. Ada rasa aneh yang hadir. Wajahku larikan. Aku kalah dengan tenungannya. Dia terus merenungku dan sesekali tersenyum. Aku senang dengan renungannya. Renungan yang menghantar seribu satu debar dalam dadaku.

1 comment:

  1. Oh my,..kenapa mesti nama tu..?
    coi-2,..takde nama lain ke angah..?
    hehh,..new entry,..new entry...haha

    ReplyDelete