Wednesday, 1 January 2014

MY TOURIST GUIDE BAB 6

BAB 6
            Pejam celik pejam celik,dah seminggu dah aku start kerja. So far so good. Kawan-kawan pun semua okey. Semua satu kepala,gila-gila. Cuma yang buat aku rimas tu,manager aku tu. Siapa lagi,Encik Ikmal laa.
Pasal apa? Aku pun tak tahulah. Pelik takde tahap dah aku ni. Pepagi aku datang kerja,dia dah qenyeh kat aku. Alaa,qenyeh tu bahasa utara. Maksud dia lebih kurang sengih laa. Grinning gitu. Pagi qenyeh,tengah hari qenyeh,petang pun qenyeh.
Pendek kata,asal nampak je aku mesti dia qenyeh. Tak kejang ke otot pipi dia dok qenyeh? Dah tu,asyik ajak aku keluar je dengan dia. Ajak breakfast. Tak dapat breakfast,ajak lunch. Tak dapat lunch,ajak dinner. Supper tak nak ajak pulak dia.
Tapi..tapi.. Dah seminggu jugak aku tak nampak mamat tu. Mamat kerek yang selalu bertembung a.k.a terlanggar tu. Rasa macam…pelik. Bukan rindu okey? Pelik je sebab selalu mesti bertembung,tak pun terlanggar. Yang tak tahan tu,setiap kali bertembung mesti kat depan lift bangunan ni. Cuma hari tu jelah sekali terlanggar kat luar bangunan. Alaa,masa dia belanja aku tu. Masa tu je terlanggar dekat KFC.
Tapi bila fikir-fikir balik,terasa best pulak. Macam syok je,macam seronok je. Ha ha ha. Yang aku tak habis fikir sampai sekarang,kenapa tiba-tiba dia berubah? Bahasa dia,panggilan dia. Semua berubah. Tiba-tiba rasa dia tu sweet pulak. Hahh sudah,parah kau Sha.

“HOI! Berangan. Sampai mana dah? Sengih sampai telinga nampak.”
Nissa ni,main sergah je. Tiap-tiap hari semangat aku melayang dibuat dek minah ni. Sabar jelah. Marah puas marah dah,tapi tak jalan. Tak makan saman betul minah ni. Kalau aku sergah dia,tau marah.
“Eh,kau boleh tak jangan main sergah-sergah aku macam ni? Melayang semangat aku kau tau tak? Kau kalau ye pun nak aku jalan cepat,gunalah cara berhemah sikit. Ini sadis sangat,”bebelku. Geram betul aku dengan Nissa ni.
“Dah kau tu sengih tak ingat dunia kenapa? Kau ingat kat Encik Ikmal eh? Ke kat orang lain? Kenapa aku tak tau pun? Cakap best friend forever,sahabat. Macam ni ke?” Peluru machine gun dah keluar.
“Ahh kau,takde makna aku nak ingat kat manager kesayangan kau tu. Aku sengih sebab aku excited nak pergi Langkawi. Kan minggu  ni first time aku join Luqman handle tourist,”bidasku. Dalam hati,fuhhh! Nasib baik aku ada alasan kukuh nak tepis peluru machine gun dia tu. Malulah kalau dia tau aku fikir pasal mamat kerek tu.
“Untunglah kan? Boleh travel merata. Aku jugak yang terperuk dalam office ni. Asyik mengadap komputer,kalkulator,nombor. Sikit hari lagi juling aku tak tau lah.”
Haihh,seteres benor bunyiknya makcik ni. Kesian pulak aku. Nissa ni kuat kerja,workaholic. Weekdays memang 8 to 5 kat office. Weekend pulak dia 10 to 3 kat rumah,tapi mengadap kerja jugak. Kadang aku pelik,busy minah ni mengalahkan Encik Ikmal.
“Alaa,kau janganlah buat ayat sedih macam ni. Nanti aku belilah ole-ole kat kau dari Langkawi. Kau tu,janganlah kerja kuat sangat. Rehat sama oii. Kesian dahi tu 24/7 asyik berlapis je,”pujukku plus nasihat. Tangan Nissa aku capai,aku usap.
Nissa,sahabat aku dunia akhirat. Terima kasih kawan sebab jaga aku. Aku mintak maaf kalau gara-gara aku nanti kau dapat darah tinggi. He he he.
“Haruslah kau beli ole-ole kat aku. Tak beli siaplah kau. Aku nak coklat daim dengan toblerone. Set piuter lima,baju sedozen,keychain sekotak. Hmm,lepas tu aku nak kacang pistachio timbang 2 kilo. Lagi…”
“Amboii kau,demand tak hengat. Ingat aku cop duit ke? Ahh,takde takde. Aku bawak balik kulit siput je kat kau. Kat sana karang aku kutip kat pantai eh?”potongku. Saja nak usik Nissa ni. Sekali…
Papp!
“Adoii,lengan aku. Sakitlah weyh. Aku gurau jelah,over tau kau ni. Dah dah,pergi balik meja kau. Sambung buat kerja,mengacau je. Syuhh,syuhh,”halauku. Nissa hanya menjelirkan lidahnya sebelum berlalu ke meja dia.

KHAMIS malam aku mula packing baju. Gaya macam nak pergi berbulan,padahal 3 hari 2 malam je pun. Tapi excited punya pasal,aku angkut luggage satu,beg bimbit satu and of course handbag aku.
Beg bimbit tu aku letak baju,luggage tu pulak buat masa sekarang kosong. Sebab luggage tu aku simpan untuk letak barang-barang yang akan aku shopping kat Langkawi nanti. Handbag aku pulak of course bertindak sebagai poket doraemon aku. Segala mak nenek ada dalam tu.
Esok pagi pukul 10 kami akan mulakan perjalanan. Untuk pertama kali ni,aku handle tourist tempatan seramai 20 orang. Walaupun sikit,tapi aku nervous jugak. Yela,this is my first time bawak orang. Selalu tu aku dengan teman rapat je,tak pun family. Apa-apa pun aku excited!
Kami akan menaiki bas daripada perkarangan Let’s Travel Corporation di Bandar Perda ke Kuala Perlis. Setibanya di Kuala Perlis nanti,kami akan menaiki feri menuju ke Jeti Kuah Langkawi.
“Kau tak tidur lagi? Dah lewat ni. Karang tak terbangun esok karang,”soal Nissa ketika menjenguk ke bilikku.
“Aku baru sudah packing barang. Nak tidurlah ni.”
“Okey. Good night Sha. Basuh kaki sebelum tidur. Karang mengigau sampai Langkawi pulak,”pesan Nissa seraya menutup pintu bilikku. Aku mengangguk seraya menuju ke bilik mandi.
Kaki sudah aku basuh. Sekarang masa untuk beradu. Oh my,excited giler! Aku melompat naik ke katil dan berbaring telentang. Kaki dan tangan aku buka dan aku kuak-kuakkan. Dah rupa starfish dah. Ini penangan Langkawi punya pasal.
Berangan punya berangan,entah pukul berapa aku terlena. Yang pasti,lenaku ditemani mimpi indah. Bukan mimpi tentang Langkawi,tapi mimpi tentang dia. Ya,aku mimpikan dia. Mimpi yang indah. Boleh tak kalau aku buat permintaan? Aku tak nak mimpi  ni berakhir.
Senyumannya.. Senyuman yang aku rindu. Senyuman yang sudah seminggu tidak menjengah hari-hariku. Er,rindu?

JAM tangan kukerling,dah pukul 9.45 pagi. Pukul 10 pagi kami akan bertolak. Peserta lawatan dah ramai yang sampai. Semua nampak excited. Luqman baru tiba dengan sebuah bas milik Let’s Travel Corporation yang akan kami naiki ke Kuala Perlis. Aku mengambil kedatangan para peserta. Semua nama yang aku panggil bersambut,kecuali satu nama.
“Firdaus Hanif,”panggilku. Panggilan pertama tak bersambut. Aku terjenguk-jenguk mencari kelibat pemilik nama Firdaus Hanif. Mana tahu kan kalau-kalau Firdaus Hanif tu orang kerdil ke,dia angkat tangan mana aku nampak kan? Ha ha.
“Firdaus Hanif,”ulangku.
Eh,takde pun orang angkat tangan. Memang tak datang lagi kut. Haih,dah terang tang tang dalam tentatif tulis waktu bertolak pukul 10 pagi. Inilah melayu,janji tak pernah nak tepati. Tapi segelintir je,bukan semua okey? Takkan sebab dia seorang kami kena tunggu kut?
“Okey semua,boleh letakkan beg anda dalam bas dan ambil tempat masing-masing,”Luqman bersuara.
Semua peserta meletakkan beg didalam perut bas dan mula mengambil tempat masing-masing. Aku mendekati Luqman.
“Luqman,ada sorang lagi ni peserta yang belum datang. Firdaus Hanif.”
“Takpe,kejap lagi dia sampai. Tadi dia dah call inform aku yang dia lewat sikit. Kau naik dululah,aku tunggu kat bawah. Dia sampai karang baru kita jalan,”beritahu Luqman. Eii,bengkeknya aku! Pasal dia sorang je lambat,kami yang ramai ni pulak kena tunggu dia. Tak boleh pakai punya orang.
Aku masuk kedalam bas dan mengambil tempat dua dari depan. Kerusi sebelah aku kosong. Yela,bas ni boleh muat 40 orang. Peserta pulak separuh je,20 orang. So,banyaklah tempat kosong. Hati aku bengkek lagi ni dengan peserta sorang tu. Spoil mood travel aku je.
Tabiat aku,bila naik bas ke kereta ke aku mesti tidur. Tapi kalau tengah hari laa. Kalau malam aku takkan tidur sebab aku suka giler tengok lampu-lampu. Ha ha ha. So childish. Baru aku nak lelap,terasa kerusi sebelah aku terhenyak. Macam ada orang duduk. Ahh,lantaklah. Luqman kut.
Niat aku nak tidur terganggu. Ada orang tarik pashmina aku. Ishh. Aku tarik balik pashmina aku and aku kalihkan badan mengadap tingkap,sambung tidur. Luqman ni,tempat lain banyak lagi kosong. Yang dia duduk sebelah aku ni kenapa? Dahlah kacau aku tidur. Terasa pinggang aku dicucuk-cucuk. Ini boleh mendatangkan marah.
“Luqman,aku nak tidur kau jangan kacau. Pantang datuk nenek moyang aku kalau orang kacau aku tidur. Kau kalau tak nak kena cubitan jepun aku,better kau duduk diam. Kalau tak tau nak duduk diam,pergi duduk tempat lain. Banyak lagi tempat kosong,yang kau menyempit kat aku jugak kenapa?”soalku tanpa memandangnya. Badan aku masih lagi mengadap ke tingkap.
Luqman diam. Dia dah tak kacau aku. Terasa ke? Ahh,biarlah. Janji aku boleh tidur. Bangun karang aku mintak maaflah kat dia. Aku tak sedar bila aku terlena. Lenaku pagi ni ditemani mimpi indah. Lagi sekali aku mimpikan dia. Mimpi tidurku berbantalkan lengannya. Indah…

“AMMARA,bangun. Kita dah sampai.”
Aduss,indahnya mimpi. Mimpi dia panggil nama aku,goncang bahu aku. Kejutkan aku dari tidur.
“Ammara,bangun.”
Lagi sekali dia seru nama aku. Tiba-tiba terasa nama aku nama yang paling indah bila dia memanggil dan menyeru nama aku.
“Ammara,bangun. Tidur mati. Air liur meleleh pun tak sedar.”
Kenapa tiba-tiba aku rasa macam suara dia dekat je dengan aku ni. Macam…real je.
“Ammara!”
Aku tersentak! Mata kubuka. Siapa yang jerit kat telinga aku tadi. Berani kacau sleeping beauty sedang beradu.
“Haa,sedar pun. Saya ingat dah innalillah dah.”
Suara tu.. Tindakan refleks,aku menoleh kekiri.
Dia… Dia ada disebelah aku. Dan…menunduk melihat aku. Kepala aku landing atas bahu dia. What? Landing atas bahu dia? Sepantas kilat aku duduk menegak.
“Ma…macam mana awak bo..boleh ada kat sebelah saya ni?”soalku tergagap. Ishh,ke aku mimpi ni. Aku cubit lengan aku. Aduhh,sakit.
“Awak tak mimpi.  Betullah ni saya,saya kat sebelah awak.”
“Dah lama ke awak kat sebelah saya?”
“Lama jugaklah. Sempatlah orang tu landing atas bahu saya 2 3 jam sampai kebas bahu saya ni.”
Senyum kau eh? Seronoklah tu dapat kenakan aku. Patutlah aku mimpi aku tidur berbantalkan lengan dia. Rupa-rupanya bukan berbantalkan lengan dia,tapi berbantalkan bahu dia. Malu oii malu! Entah macam mana rupa aku. Buruk ke?
Tapi,aku rasa seronok pulak tengok dia senyum. Senyum yang dah seminggu aku teringin nak tengok. Rasa terbang melayang rindu aku sebaik sahaja tengok dia tersenyum. Hmm,rindu ye Sha?
“Saya nak turun,tepi sikit.”
Aku bersuara menyuruhnya ketepi. Sebelum muka aku blushing,baik aku turun. Kalau tak buat malu aku je nanti dia tengok muka aku blushing. Dahlah dia tu spesis kuat perasan.
“Terima kasih sebab sudi landing atas bahu saya sampai kebas.” Ciss,perli nampak. Aku hanya menjeling dan menonong jalan turun dari bas.
Semua peserta sudah menunggu dibawah,tunggu aku dan mamat sengal tulah. Tapi aku pelik,sejak bila pulak dia join tour ni? Kenapa aku tak tahu pun? And nama dia takde pun?

AKU dan Luqman membeli tiket feri untuk peserta lawatan kami. Feri kami pukul 3.30 petang,masih ada masa lebih kurang satu jam. Kami memberi kelonggaran kepada para peserta untuk makan,minum dan solat dikawasan sekitar Jeti Kuala Perlis ni dan berkumpul semula di pintu masuk jeti pukul 3.15 petang.
Aku dan Luqman menuju ke kedai makan. Mamat kerek setia mengekor kami. Ishh,sakit hati betul. Aku baru berura-ura nak tanya Luqman pasal mamat ni,kacau daun betul. Tapi aku tengok Luqman slumber je layan dia. Elok je sembang dengan dia. Ahh,lantaklah.
Aku mengambil nasi dan lauk pauk. Kecur liur aku tengok segala macam jenis lauk yang ada,gaya macam dah berbulan tak makan nasi. Aku mengambil ayam goreng berempah,kangkung goreng belacan dah sedikit kuah kari. Air pulak of course air favourite aku,jus tembikai. Mamat dua orang tu cuma jamah laksa Perlis.
Aku terus menyuap tanpa henti. Malas ambil peduli pasal mamat berdua tu,especially mamat kerek tu. Mata tu asyik nak kerling aku kenapa entah. Mulut tu asyik nak senyum kenapa? Aku koyak bibir tu karang.
FERI yang akan kami naiki baru tiba,Sejahtera 3. Masing-masing beratur masuk kedalam feri. Aku mengambil tempat dibelakang sekali tepi tingkap,dekat dengan tandas. Aku pun tak tahu kenapa,tapi satu tabiat aku kalau naik feri aku mesti akan ambil tempat dibahagian belakang sekali.
And again,mamat kerek tu duduk sebelah aku dan Luqman disebelah dia. Aku tayang muka kelat. Walaupun dalam hati aku suka giler dia duduk sebelah aku,tapi malu aku tak hilang lagi ni. And sebab tu aku keraskan hati. Konon tak suka dia dekat-dekat dengan aku.
Tapi dia slumber je,siap senyum lagi kat aku. Menyampah okey? Lepas tu bersembang dengan Luqman,gaya macam dah lama kenal. Macam memang kenal giler. Luqman pulak nampak macam  hormat dia. Macam mana nak cakap eh? Dengan orang lain pun Luqman hormat,tapi dengan mamat ni Luqman nampak macam berhati-hati je bila sembang. Macam hormat seorang pekerja kepada seorang majikan.
“Awak,pusing kejap,”pinta suara itu. Aku menoleh malas kearahnya dan…klik! Dia mengambil gambar aku!
“Eh,apa ni? Kenapa you ambil gambar I and did you ask for my permission? Did I give you my permission?”bentakku.
“Okay,I’m sorry okay? But sorry,awak izinkan ke,tak ke saya tetap nak ambil jugak and saya dah ambilkan? So,I’ll keep this picture,”dia mengenyitkan matanya. Huhh!
“Delete it,”pintaku.
“I won’t.”
“I said,delete it!”
“And I said,I won’t.”
“Delete it. I said delete it!” Suaraku dah naik seoktaf. Semua penumpang yang duduk berdekatan kami jugak dah tertoleh-toleh melihat aku. Peserta lawatan turut sama menoleh. Opss,kuat sangat eh aku jerit?
“Ammara,what’s wrong with you? Did I make you upset? I’m…I’m sorry dear,”dia bersuara. Suaranya bernada bersalah. Aku melepaskan keluhan kasar. Kenapa dengan aku? Takkan sebab dia sindir aku masa atas bas tadi kut? Tak logik.
“Just..forget it. And please,don’t call me dear. I’m your no one,I’m not your dearly. And please,call me Qurainsha. Never ever call me Ammara.”
“But why?”

“Hanya lelaki eksklusif bagi saya sahaja yang boleh panggil saya dengan nama Ammara. Unfortunately,you’re not that exclusive guy. Stop bothering me. Stop approaching me. And stop whatever your intentions towards me.  Sorry to say,you’re no one to me,”hamburku. Seraya itu aku terus kalihkan badanku mengadap tingkap dan memejam mata. Mencuba untuk tidur,namun mataku enggan tertidur. Hanya seraut wajah yang menari diruang mataku. Ya,hanya wajah dia. Wajah yang terluka dengan perkataanku tadi. Maafkan aku..

No comments:

Post a Comment