Friday, 27 December 2013

MY TOURIST GUIDE BAB 5

BAB 5
            Ketukan bertalu-talu dipintu bilik mengganggu lenaku. Aku menggeliat malas. Kulihat jam disebelah,baru pukul 6 pagi. Apa hal si Nissa ni kacau aku pagi-pagi buta ni? Nak suruh aku solat ke? Takkan dia tak tahu aku ABC,Allah bagi cuti. Hish,kacaulah minah ni.
“Hoi Sha,bangunlah. Dah pukul 6 ni,”pekik Nissa dari luar bilik. Saja aku tak bangun buka pintu bilik. Aku tak buka pintu bilik pun boleh dengar suara Nissa yang macam pembesar suara tu,kalau aku buka? Lagilah,menanah telinga aku pagi-pagi buta ni.
“Aku tak boleh solatlah,cuti. Jangan bisinglah,aku nak tidur. Kau nak pergi kerja,pergi jelah. Tak payah kejut aku,”aku turut sama terpekik dari dalam bilik. Dah main aci pekik-pekik  pulak aku dengan Nissa ni. Kalau kena sound dek jiran-jiran,nasiblah.
“Tak payah kejut lutut kau. Kau tak nak kerja ke?”soal Nissa.
Eh? Kerja? Dah bila pulak aku kerja? Nyanyuk ke makcik ni? Agak-agaklah kalau dengki dengan aku pun. Aku tahulah dia kena bangun awal-awal pagi lepas tu siap pergi kerja. Aku pulak boleh sesedap rasa landing atas tilam empuk. Sebab tu jealous tu,dengki!

AKU bangun dengan malas menuju ke pintu bilik. Pintu bilik kubuka. Nissa dah terpacak kat depan pintu bilikku dengan tuala dikepala. Dah sudah mandi kut. Awal giler,tak sejuk ke? Aku menguap luas,mengantuk kut.
“Weyh,kau nyanyuk ke? Sejak bila pulak aku kerja ni? Nak dengki pun agak-agaklah makcik. Jealouslah tu aku boleh landing-landing atas katil,kau pulak dah kena pergi kerja,”kataku dengan mata yang masih tertutup. Haihh,buruk bebenor rupa aku. Dahlah mata terpejam,rambut serabai. Menguap pulak tak tutup mulut. Ini kalau bakal mentua tengok,mau aku kena reject ni.
“Dulu aku jealous,tapi sekarang tak. Ni aku nak tanya ni. Sekarang aku ke kau yang nyanyuk? Setahu akulah kan,semalam bukan main excited lagi kau terkinja-kinja depan lift kat office. Sebab apa? Sebab kau diterima bekerja kan? So,kau nak kerja ke tak ni?”
“Eh? He he. Aku lupalah Nissa. Tapi ni kan awal lagi. Masuk kerja kan pukul 8,lagipun aku bukan boleh solat pun,”aku beralasan pulak. Ibu,kenapa anak ibu ni liat sangat nak bangun pagi ni?
“Awal apa dah pukul 6? Kau tu mandi berjam-jam. Iron baju berjam-jam. Siap berjam-jam. Habis kau nak aku kejut kau pukul 7? Lepas tu kau nak mandi,iron baju,siap tu sempat ke? Nak redah jam lagi. Sempat? Aku tak kira,yang aku tahu kau bangun sekarang. Kalau tak…” Dah,dah mula dah Nissa ni. Pagi-pagi lagi aku dah kena bebel.
“Okey,okey. Aku bangun sekarang. Aku iron baju ye? Lepas tu aku mandi. Then aku siap ye? Bye,”aku memotong cakap Nissa. Kalau tak potong kang meleret-leret dia membebel. Karang kerja ke mana. Hmm,hari ni first day aku kerja. Nak pakai baju apa eh?
Almari kubuka,mencari-mencari baju yang sesuai untuk aku pakai kepejabat. First day. First impression. So,aku kenalah nampak anggun bergaya sikit. Barulah Encik Ikmal tu tak menyesal ambil aku bekerja kan? Pilih punya pilih… Haa,jumpa! Baju yang sesuai untuk semua majlis dan semua tema. Baju apa? Baju kurung!

AKU bersiap ala kadar. Aku mana pandai nak bersolek-solek ni. Ini pun sebab terpaksa okey? Takkan nak pergi kerja dengan muka sememeh plus pucat plus tak bermaya kan? Jadi pemandu pelancong pulak tu. Kenalah jaga penampilan kan?
Aku menilik penampilanku dihadapan cermin. Baju kurung pesak gantung warna hitam bercorak polka dot merah aku padankan dengan sehelai selendang halfmoon warna kuning. Lip gloss berwarna baby pink aku oleskan ke bibir. Siap!
Let’s Travel Corporation,here I come! Encik Ikmal,wait for me! Ammara Qurainsha Borhan,gatal! Muehehehe…

HARI ni kali ketiga aku menjejakkan kakiku di bangunan ini. Bangunan Let’s Travel Corporation. Bezanya kali ni,aku menjejakkan kaki disini sebagai salah seorang staff syarikat ini. Dan hari ini,hari pertama aku memulakan tugasku sebagai pemandu pelancong.
Perasan aku? Excited jangan cakaplah. Kalau aku boleh lompat bintang,dah lama aku lompat. Akhirnya,aku ada kerja. Yeayy! Muka aku? Tak usah cakaplah. Aku rasa ini bukan sengih sampai telinga dah ni,tapi sengih sampai belakang kepala. Bahasa ringkasnya,sengih 360 darjah.
“Cik Qurainsha,”namaku dipanggil seseorang. Lantas aku menoleh.
“Oh,Encik Ikmal. Good morning,”ucapku sambil menunduk sedikit.
“Good morning. So,dah ready nak memulakan your first task on your first day?”
“Insyaallah,saya dah ready since semalam lagi,”jawabku. Aku dah tak mampu nak sorok senyuman aku yang cantik plus menawan plus manis macam gula-gula kapas ni lagi.
“I can see it from your face. Senyum lebar dari tadi. Agaknya kalau saya tak tegur awak sampai esok pun awak still tersenyum kut.” Manager-to-be aku ni menyakat aku pulak. Maknanya dari tadi lagilah dia berdiri sebelah aku? Tengok aku senyum? Senyum sorang-sorang pulak tu. Malu oii,malu. Mana nak letak muka aku yang cantik menawan ni? Ha ha ha,perasan.
“Er,he he,”sudahnya aku hanya mampu tersengih. Malu terkantoi sengih sorang-sorang. Ishh,lift ni pun kenapalah lambat sangat ni? Aku dah tak sanggup nak duduk tepi Encik Ikmal ni. Tebal muka aku.
Ting! Fuhh,panjang umur kau lift. Aku nak masuk cepat-cepat ni,tapi Encik Ikmal ni boleh pulak berdiri terpacak lagi depan lift ni. Tak nak masuk ke? Kang kalau aku masuk dulu kang nampak kurang sopan pulak. Ishh..
“Er.. Encik Ikmal,shall we?”aku mempersilakan manager muda itu. Tapi dia tak bergerak. Dah kenapa ni? Mati ke? Keras kejung je ni. Tapi tersenyum. Pelik,pelik. Mati dalam iman ke? Ahh,try lagi.
“Encik Ikmal…”
“Haa,er. Ada apa Cik Qurainsha?” Lah,berangan rupanya. Patutlah,aku ingat dah mati. Uikss,mulut kau Sha. Celupar!
“Shall we?”lagi sekali aku mempersilakan manager muda tu masuk dulu dalam lift. Hormat bos okey? Bukan kipas bos. Aku hanya menunduk memandang lantai lift. Malu tak hilang lagi ni. Hampir-hampir pintu lift tertutup, tiba-tiba ada tangan yang menahan pintu lift.
“Muat lagi kan lift ni?” Apa punya soalan ni. Dah sah-sah aku dengan Encik Ikmal je dalam lift ni,mestilah muat lagi. Tapi suara tu…
“Ammara dear.”
Erk! Apa daa,asal terkejut mesti erk! Terkejut aku,mana makhluk ni tahu nama aku. Aku mengangkat muka memandang gerangan yang memanggil namaku. Lagi sekali… Erk! Aku terkejut. Ahh sudah.. Patutlah semalam beria-ria dia cakap “see you soon,very soon. Maybe tomorrow.” Mamat ni stalker aku ke?
“Muat lagi,please come in,”Encik Ikmal bersuara. Aku tunduk je,tak berani angkat muka. Eh,bukan tak berani tapi malu. Apa? Ingat Ammara Qurainsha tak tahu malu ke? Malu dengan Encik Ikmal tak habis lagi,ni tambah lagi satu bala. Jantung aku pulak dah start buat overtime.
“Like I said before,kalau dah takdir kita berjumpa,pasti kita berjumpa.”
Ada aku kisah?
“Betul kan apa yang saya cakap semalam? Ni takdir kita.”
Tak betul!
“Ammara,kenapa tunduk je. Lantai tu lagi handsome dari saya ke?”
Memang pun,handsome banyak daripada kau. Handsome giler!
“Ammara dear.”
Ishh,tak tenang betul hidup aku kalau jumpa mamat ni. Nasib baiklah depan manager aku. Kalau tak mau hangit mamat ni kena fire dengan aku. Depan manager,kena jaga reputasi kan?
“My lovely Ammara.”
Dah lovely-lovely pulak. Aku dah hot ni. Suka-suki dia je panggil aku Ammara. Memanglah Ammara tu nama aku,tapi mana ada orang panggil aku Ammara. Semua panggil Qurainsha,tak pun Sha. Ammara tu someone exclusive je yang panggil,tapi dululah. Dah tu,main panggil dear,lovely bagai.
Aku angkat muka,kupandang muka mamat kerek depanku. Mata aku sepetkan,tanda tak puas hati. Kecik besar kecik besar aku tengok mamat ni. Nak je aku sembur. Tapi,sabar Sha sabar. Manager kau ada sekali ni.
Ting! Pintu lift terbuka,aku terus menonong keluar. Tak toleh kiri kanan dah. Lu brader,bikin gua panas je pagi-pagi buta ni. Hishh!
“See you soon dear,again,”jeritnya. Soon? Again? Aku menoleh.
Dia kenyit mata kat aku! Woohoo!
“Cik Qurainsha,awak kenal ke lelaki tu?” Encik Ikmal menyoalku ketika aku berjalan menuju ke office. Tapi masalahnya aku tak tahulah pulak bahagian aku kat level mana.. Aku pandang wajahnya. Air muka dia sedikit tegang.
“Tak kenal,tapi selalu bertembung.” Aku jawab jugak walaupun sedikit pelik. Kenapa manager aku ni? Tadi bukan main happy lagi. Ni tiba-tiba pulak masam. Siap tanya aku soalan yang tak patut.
“Er,Encik Ikmal. Tempat saya kat level mana eh?”tanyaku. Malu bertanya sesat jalan. So,sebelum aku sesat baik aku tanya kan?
“Awak satu office and satu level dengan saya. Jom,”pelawa Encik Ikmal. Aku membuntuti langkahnya.

“ATTENTION!” Encik Ikmal bersuara nyaring. Dia meminta semua staff yang berada di level 3 ni berkumpul.
“Okey semua. Ini Cik Ammara Qurainsha Borhan. Cik Qurainsha ni staff baru kat sini,sebagai pemandu pelancong. Kamu semua bolehlah berkenalan dengan Cik Qurainsha.” Oh,nak perkenalkan aku rupanya. Seorang demi seorang staff disitu memperkenalkan diri.
“Saya Ainna,receptionist kat sini.”
“Saya Laila,accountant kat sini.”
“Saya Diana,secretary Encik Ikmal.”
Lagi…
“Saya Luqman,tourist guide.”
“Saya Celine,translator.”
“Saya Anissa,jugak accountant kat sini.”
Eh,makcik! Makbul doa kau Nissa. Aku housemate kau,aku jugak colleague kau. Kita satu rumah,satu company and paling penting satu level. Padan muka kau Nissa. Pandanglah muka aku sampai kau muntah. Ramai lagi staff rupanya kat level ni. Itu belum level lain lagi. Boleh tahan besar company ni.
“Cik Qurainsha,untuk permulaan ni awak akan berada dibawah pemerhatian saya. 3 bulan pertama adalah tempoh percubaan awak. Kalau dalam tempoh 3 bulan tu prestasi awak memberangsangkan,pihak kami akan serap awak sebagai pekerja tetap dibawah syarikat kami. Oh lagi satu. Dalam 3 bulan ni awak akan bertugas dengan Luqman,salah seorang pemandu pelancong kat sini. Awak bolehlah belajar daripada dia serba sikit tentang skop kerja awak. Come,saya tunjuk tempat awak.” Panjang lebar penerangan manager aku ni. Aku kemudian membuntutinya ke ruang tempat kerjaku.
“Okey,ini tempat awak. Kejap lagi secretary saya akan pass profile syarikat kepada awak. Awak bolehlah go through serba sikit tentang syarikat ni,”sambungnya.
Cantik ruang kerja aku ni. Ringkas dan kemas. Sebuah meja bersaiz sederhana dan sebuah laci tepi tiga tingkat. Dilengkapi dengan satu komputer,rak untuk meletak dokumen dan telefon.
“Baiklah Encik Ikmal. Terima kasih.”
“Sama-sama. Kalau takde apa-apa lagi,saya masuk office saya dulu. Anything you can ask my secretary or just call me directly,”Encik Ikmal meminta diri. Aku mengangguk sambil tersenyum.
Aku melabuhkan punggung atas kerusi di ruang kerjaku. Hahh! Alhamdulillah,akhirnya aku dapat kerja. Lega sangat aku rasa. Aku janji aku akan kerja bersungguh-sungguh. Aku takkan sia-siakan peluang ni.

HARI pertama aku takde banyak kerja pun. Aku cuma diberi taklimat tentang skop kerja aku dan latarbelakang syarikat ini. Esok baru tugasku bermula sebagai pemandu pelancong. Esok aku perlu menyedia dan menyiapkan dokumen para pelancong yang akan menggunakan khidmat agensi ini dan minggu depan tugasku sebagai pemandu pelancong akan bermula.
Aku akan bersama-sama Luqman mengendalikan sekumpulan pelancong tempatan yang menggunakan khidmat agensi kami. Destinasi tujuan kami adalah Pulau Langkawi. Woohoo! Syok ni,aku pun dah lama tak pergi Langkawi ni. Ini adalah satu kelebihan ye tuan-tuan dan puan-puan bekerja sebagai pemandu pelancong.
Aku pulak memang sengaja memilih kerjaya ni sebab aku ni memang kaki berjalan. Aku suka travel. Travel tak semestinya keluar negara. Dinegara kita pun banyak tempat untuk dilawati dan dikunjungi. Jelajahlah negara sendiri dulu barulah jelajah negara lain. Dan pilihlah agensi kami sebagai agensi pelancongan pilihan anda. Cehh,sempat lagi promote tu. Ha ha ha.

LET’S Travel Corporation adalah salah satu anak syarikat dibawah label Hanif Empire Holdings. Hanif Empire Holdings adalah salah satu syarikat korporat gergasi di Malaysia. Hanif Empire Holdings mempunyai beberapa lagi anak syarikat dibawah labelnya. Sebagai contoh,syarikat tempat aku kerja ni.
Let’s Travel Corporation merupakan syarikat agensi pelancongan. Hanif Transportation & Shipping Corporation merupakan syarikat perkapalan dan menyediakan khidmat pengangkutan awam. Selain itu jugak,Hanif Empire Holdings jugak mempunyai anak syarikat yang menjalankan aktiviti penyediaan makanan,Ekran’s Bistro.
Erk! Ekran? Macam pernah aku dengar nama tu,tapi dimana ya? Haa,tulah antara anak-anak syarikat dibawah label Hanif Empire Holdings. Bangga jugak ni aku rasa sebab dapat join syarikat korporat gergasi ni. Hu hu hu. Bajet macam aku je tuan punya Hanif Empire Holdings.
Oh lupa. COO and tuan punya syarikat ni Tan Sri Hanif Bin Kamarul. Tapi dengarnya Tan Sri dah bersara,berehat. Semua syarikat dia serahkan kepada anak sulung dia. Dengar cerita daripada officemates aku,anak dia lelaki. Handsome tahap tak patut. Tapi,sombong plus berlagak plus ego pun tahap tak patut jugak.
Yang peliknya,dia cuma sombong plus berlagak plus ego dengan golongan wanita-wanita muda sahaja. Dengan kaum yang sewaktu dengannya dia professional. Dengan kanak-kanak and warga emas pulak,dia hormat and peramah. Suka menolong dan berceloteh. Aisehh,hancuss harapan aku nak mengurat anak Tan Sri. Ha ha ha.

“SHA,kau tak nak lunch ke?”tegur Nissa mematikan angan-anganku yang baru nak berkembang.
“Lunch?”soalku seraya melihat jam tanganku. Eh? Dah waktu lunch ke? Cepatnya.
“Jomlah Sha. Aku lapar ni. Lagipun aku nak tanya pasal semalam. Aku tak sempat tanya kau dah blah balik rumah. Sampai rumah pun kau tak keluar bilik. Aku tau kau mengelat kan? Kau takut aku tanya kau pasal mamat yang bertembung dengan kita depan lift tu kan?”
Baguslah kalau kau tau Nissa. Aku memanglah mengelat daripada kau. Ishh,aku lapar ni. Tapi kalau aku join Nissa lunch karang,macam-macam dia soal aku. Kalau tak keluar lunch karang,pengsan aku sebab lapar.
“Nissa,kau tolong tapau untuk aku boleh? Aku malaslah nak keluar lunch. Eh? Eh? Tolong eh?”pintaku sambil mataku kerdip-kerdipkan.
“Tak naklah. Aku tak kira,jom jugak keluar lunch. Jangan nak mengelat dah. Tak cukup lagi satu malam kau mengelat daripada aku? Hari ni pun kau nak mengelat jugak? Sampai bila kau nak mengelat je?”soal Nissa bertalu-talu.
Ah,ikut jelah Nissa ni. Lagipun aku dengan mamat tu bukan ada apa-apa pun. Cuma kebetulan asyik terserempak je. Kau je yang perasan Sha. Entah-entah mamat tu takde apa-apa pun. Kau je yang over.
“Okeylah,tunggu jap aku nak kemas meja aku sikit.”

RESTORAN nasi kandar menjadi pilihan kami. Ah,nasi kandar pun nasi kandarlah. Asal perut aku kenyang. Bukan selalu pun aku makan nasi kandar ni. Perut dah berdondang sayang. Apa lagi? Serbu!
Aku memilih kari sotong,ayam goreng berempah dan segelas jus tembikai. Nissa pulak kari ayam,ayam goreng,masak kicap sotong dan jus epal. Huhh makcik ni,menyumbat tak ingat. Gemuk karang mulalah nak bising. Lapar punya pasal,makan pun tak toleh kiri kanan dah. Sumbat,sumbat dan sumbat. Tahu-tahu je dah habis makanan kami.
Jam hampir ke pukul 2 petang ketika aku dan Nissa masuk ke office. Masa makan tadi,puas dah aku kena soal siasat dengan si Nissa pasal semalam. Pasal perlanggaran demi perlanggaran,pertembungan demi pertembungan. Tak dapat dah aku nak mengelak. Nak tak nak,aku kena jawab jugaklah.

FOKUS aku terganggu dengan suara si Nissa mengajakku balik. Jam tangan kukerling. Lah,dah pukul 5 ke. Cepatnya,tak sedar pun. Punyalah fokus baca profile syarikat sampai tak ingat dunia.
Bukan fokus sangat sebenarnya,tapi lebih kepada berangan. Berangan apa? Aku berangan nak jumpa CEO muda tulah,anak Tan Sri Hanif. Tapi,kenapalah takde gambar dia dalam profile syarikat ni? Or at least,biodata dia dah cukup.
Tapi takpe,sooner or later aku tetap dapat tengok dia. Yela,aku kan one of his staff. So,all I have to do is,wait! Tapi entah kenapa,rasa tak sabar pulak nak jumpa CEO tu. Ini mulalah aku nak berangan ni.
Muka dia macam mana eh? Dia tinggi tak eh? Kalau tinggi,berapa tinggi dia? Kulit dia putih tak? Mata dia warna apa? Hidung mancung tak? Gigi dia cantik tak? Dia merokok tak? Dia gemuk ke kurus? Ke tough? Ada six pack tak? Wah,wah,wah. Melampau angan-angan aku ni. Ha ha ha. Merenyam!

“Hoi! Berangan. Aku ajak balik,yang kau sengih tu kenapa? Sakit?”sergah Nissa. Kuss semangat. Nissa,Nissa. Kalau hari-hari macam ni,mau “jalan” aku. Kami beriringan jalan ke keretaku,Suzuki Swift. Destinasi? Rumah!

No comments:

Post a Comment