BAB
5
Ketukan bertalu-talu dipintu bilik
mengganggu lenaku. Aku menggeliat malas. Kulihat jam disebelah,baru pukul 6
pagi. Apa hal si Nissa ni kacau aku pagi-pagi buta ni? Nak suruh aku solat ke?
Takkan dia tak tahu aku ABC,Allah bagi cuti. Hish,kacaulah minah ni.
“Hoi
Sha,bangunlah. Dah pukul 6 ni,”pekik Nissa dari luar bilik. Saja aku tak bangun
buka pintu bilik. Aku tak buka pintu bilik pun boleh dengar suara Nissa yang
macam pembesar suara tu,kalau aku buka? Lagilah,menanah telinga aku pagi-pagi
buta ni.
“Aku tak
boleh solatlah,cuti. Jangan bisinglah,aku nak tidur. Kau nak pergi kerja,pergi
jelah. Tak payah kejut aku,”aku turut sama terpekik dari dalam bilik. Dah main
aci pekik-pekik pulak aku dengan Nissa
ni. Kalau kena sound dek jiran-jiran,nasiblah.
“Tak payah
kejut lutut kau. Kau tak nak kerja ke?”soal Nissa.
Eh? Kerja?
Dah bila pulak aku kerja? Nyanyuk ke makcik ni? Agak-agaklah kalau dengki
dengan aku pun. Aku tahulah dia kena bangun awal-awal pagi lepas tu siap pergi
kerja. Aku pulak boleh sesedap rasa landing atas tilam empuk. Sebab tu jealous
tu,dengki!
AKU bangun
dengan malas menuju ke pintu bilik. Pintu bilik kubuka. Nissa dah terpacak kat
depan pintu bilikku dengan tuala dikepala. Dah sudah mandi kut. Awal giler,tak
sejuk ke? Aku menguap luas,mengantuk kut.
“Weyh,kau
nyanyuk ke? Sejak bila pulak aku kerja ni? Nak dengki pun agak-agaklah makcik.
Jealouslah tu aku boleh landing-landing atas katil,kau pulak dah kena pergi
kerja,”kataku dengan mata yang masih tertutup. Haihh,buruk bebenor rupa aku.
Dahlah mata terpejam,rambut serabai. Menguap pulak tak tutup mulut. Ini kalau
bakal mentua tengok,mau aku kena reject ni.
“Dulu aku
jealous,tapi sekarang tak. Ni aku nak tanya ni. Sekarang aku ke kau yang
nyanyuk? Setahu akulah kan,semalam bukan main excited lagi kau terkinja-kinja
depan lift kat office. Sebab apa? Sebab kau diterima bekerja kan? So,kau nak
kerja ke tak ni?”
“Eh? He he.
Aku lupalah Nissa. Tapi ni kan awal lagi. Masuk kerja kan pukul 8,lagipun aku
bukan boleh solat pun,”aku beralasan pulak. Ibu,kenapa anak ibu ni liat sangat
nak bangun pagi ni?
“Awal apa dah
pukul 6? Kau tu mandi berjam-jam. Iron baju berjam-jam. Siap berjam-jam. Habis
kau nak aku kejut kau pukul 7? Lepas tu kau nak mandi,iron baju,siap tu sempat
ke? Nak redah jam lagi. Sempat? Aku tak kira,yang aku tahu kau bangun sekarang.
Kalau tak…” Dah,dah mula dah Nissa ni. Pagi-pagi lagi aku dah kena bebel.
“Okey,okey.
Aku bangun sekarang. Aku iron baju ye? Lepas tu aku mandi. Then aku siap ye?
Bye,”aku memotong cakap Nissa. Kalau tak potong kang meleret-leret dia
membebel. Karang kerja ke mana. Hmm,hari ni first day aku kerja. Nak pakai baju
apa eh?
Almari kubuka,mencari-mencari
baju yang sesuai untuk aku pakai kepejabat. First day. First impression. So,aku
kenalah nampak anggun bergaya sikit. Barulah Encik Ikmal tu tak menyesal ambil
aku bekerja kan? Pilih punya pilih… Haa,jumpa! Baju yang sesuai untuk semua
majlis dan semua tema. Baju apa? Baju kurung!
AKU bersiap
ala kadar. Aku mana pandai nak bersolek-solek ni. Ini pun sebab terpaksa okey?
Takkan nak pergi kerja dengan muka sememeh plus pucat plus tak bermaya kan?
Jadi pemandu pelancong pulak tu. Kenalah jaga penampilan kan?
Aku menilik
penampilanku dihadapan cermin. Baju kurung pesak gantung warna hitam bercorak
polka dot merah aku padankan dengan sehelai selendang halfmoon warna kuning.
Lip gloss berwarna baby pink aku oleskan ke bibir. Siap!
Let’s Travel
Corporation,here I come! Encik Ikmal,wait for me! Ammara Qurainsha
Borhan,gatal! Muehehehe…
HARI ni kali
ketiga aku menjejakkan kakiku di bangunan ini. Bangunan Let’s Travel
Corporation. Bezanya kali ni,aku menjejakkan kaki disini sebagai salah seorang
staff syarikat ini. Dan hari ini,hari pertama aku memulakan tugasku sebagai
pemandu pelancong.
Perasan aku?
Excited jangan cakaplah. Kalau aku boleh lompat bintang,dah lama aku lompat.
Akhirnya,aku ada kerja. Yeayy! Muka aku? Tak usah cakaplah. Aku rasa ini bukan
sengih sampai telinga dah ni,tapi sengih sampai belakang kepala. Bahasa
ringkasnya,sengih 360 darjah.
“Cik
Qurainsha,”namaku dipanggil seseorang. Lantas aku menoleh.
“Oh,Encik
Ikmal. Good morning,”ucapku sambil menunduk sedikit.
“Good
morning. So,dah ready nak memulakan your first task on your first day?”
“Insyaallah,saya
dah ready since semalam lagi,”jawabku. Aku dah tak mampu nak sorok senyuman aku
yang cantik plus menawan plus manis macam gula-gula kapas ni lagi.
“I can see it
from your face. Senyum lebar dari tadi. Agaknya kalau saya tak tegur awak
sampai esok pun awak still tersenyum kut.” Manager-to-be aku ni menyakat aku
pulak. Maknanya dari tadi lagilah dia berdiri sebelah aku? Tengok aku senyum?
Senyum sorang-sorang pulak tu. Malu oii,malu. Mana nak letak muka aku yang
cantik menawan ni? Ha ha ha,perasan.
“Er,he
he,”sudahnya aku hanya mampu tersengih. Malu terkantoi sengih sorang-sorang.
Ishh,lift ni pun kenapalah lambat sangat ni? Aku dah tak sanggup nak duduk tepi
Encik Ikmal ni. Tebal muka aku.
Ting!
Fuhh,panjang umur kau lift. Aku nak masuk cepat-cepat ni,tapi Encik Ikmal ni
boleh pulak berdiri terpacak lagi depan lift ni. Tak nak masuk ke? Kang kalau
aku masuk dulu kang nampak kurang sopan pulak. Ishh..
“Er.. Encik
Ikmal,shall we?”aku mempersilakan manager muda itu. Tapi dia tak bergerak. Dah
kenapa ni? Mati ke? Keras kejung je ni. Tapi tersenyum. Pelik,pelik. Mati dalam
iman ke? Ahh,try lagi.
“Encik
Ikmal…”
“Haa,er. Ada
apa Cik Qurainsha?” Lah,berangan rupanya. Patutlah,aku ingat dah mati.
Uikss,mulut kau Sha. Celupar!
“Shall
we?”lagi sekali aku mempersilakan manager muda tu masuk dulu dalam lift. Hormat
bos okey? Bukan kipas bos. Aku hanya menunduk memandang lantai lift. Malu tak
hilang lagi ni. Hampir-hampir pintu lift tertutup, tiba-tiba ada tangan yang
menahan pintu lift.
“Muat lagi
kan lift ni?” Apa punya soalan ni. Dah sah-sah aku dengan Encik Ikmal je dalam
lift ni,mestilah muat lagi. Tapi suara tu…
“Ammara
dear.”
Erk! Apa
daa,asal terkejut mesti erk! Terkejut aku,mana makhluk ni tahu nama aku. Aku
mengangkat muka memandang gerangan yang memanggil namaku. Lagi sekali… Erk! Aku
terkejut. Ahh sudah.. Patutlah semalam beria-ria dia cakap “see you soon,very
soon. Maybe tomorrow.” Mamat ni stalker aku ke?
“Muat
lagi,please come in,”Encik Ikmal bersuara. Aku tunduk je,tak berani angkat
muka. Eh,bukan tak berani tapi malu. Apa? Ingat Ammara Qurainsha tak tahu malu ke?
Malu dengan Encik Ikmal tak habis lagi,ni tambah lagi satu bala. Jantung aku
pulak dah start buat overtime.
“Like I said
before,kalau dah takdir kita berjumpa,pasti kita berjumpa.”
Ada aku
kisah?
“Betul kan
apa yang saya cakap semalam? Ni takdir kita.”
Tak betul!
“Ammara,kenapa
tunduk je. Lantai tu lagi handsome dari saya ke?”
Memang
pun,handsome banyak daripada kau. Handsome giler!
“Ammara
dear.”
Ishh,tak tenang
betul hidup aku kalau jumpa mamat ni. Nasib baiklah depan manager aku. Kalau
tak mau hangit mamat ni kena fire dengan aku. Depan manager,kena jaga reputasi
kan?
“My lovely
Ammara.”
Dah
lovely-lovely pulak. Aku dah hot ni. Suka-suki dia je panggil aku Ammara.
Memanglah Ammara tu nama aku,tapi mana ada orang panggil aku Ammara. Semua
panggil Qurainsha,tak pun Sha. Ammara tu someone exclusive je yang panggil,tapi
dululah. Dah tu,main panggil dear,lovely bagai.
Aku angkat
muka,kupandang muka mamat kerek depanku. Mata aku sepetkan,tanda tak puas hati.
Kecik besar kecik besar aku tengok mamat ni. Nak je aku sembur. Tapi,sabar Sha
sabar. Manager kau ada sekali ni.
Ting! Pintu
lift terbuka,aku terus menonong keluar. Tak toleh kiri kanan dah. Lu
brader,bikin gua panas je pagi-pagi buta ni. Hishh!
“See you soon
dear,again,”jeritnya. Soon? Again? Aku menoleh.
Dia kenyit
mata kat aku! Woohoo!
“Cik
Qurainsha,awak kenal ke lelaki tu?” Encik Ikmal menyoalku ketika aku berjalan
menuju ke office. Tapi masalahnya aku tak tahulah pulak bahagian aku kat level
mana.. Aku pandang wajahnya. Air muka dia sedikit tegang.
“Tak
kenal,tapi selalu bertembung.” Aku jawab jugak walaupun sedikit pelik. Kenapa
manager aku ni? Tadi bukan main happy lagi. Ni tiba-tiba pulak masam. Siap
tanya aku soalan yang tak patut.
“Er,Encik
Ikmal. Tempat saya kat level mana eh?”tanyaku. Malu bertanya sesat jalan.
So,sebelum aku sesat baik aku tanya kan?
“Awak satu
office and satu level dengan saya. Jom,”pelawa Encik Ikmal. Aku membuntuti
langkahnya.
“ATTENTION!”
Encik Ikmal bersuara nyaring. Dia meminta semua staff yang berada di level 3 ni
berkumpul.
“Okey semua.
Ini Cik Ammara Qurainsha Borhan. Cik Qurainsha ni staff baru kat sini,sebagai
pemandu pelancong. Kamu semua bolehlah berkenalan dengan Cik Qurainsha.” Oh,nak
perkenalkan aku rupanya. Seorang demi seorang staff disitu memperkenalkan diri.
“Saya
Ainna,receptionist kat sini.”
“Saya
Laila,accountant kat sini.”
“Saya
Diana,secretary Encik Ikmal.”
Lagi…
“Saya
Luqman,tourist guide.”
“Saya
Celine,translator.”
“Saya
Anissa,jugak accountant kat sini.”
Eh,makcik!
Makbul doa kau Nissa. Aku housemate kau,aku jugak colleague kau. Kita satu
rumah,satu company and paling penting satu level. Padan muka kau Nissa.
Pandanglah muka aku sampai kau muntah. Ramai lagi staff rupanya kat level ni.
Itu belum level lain lagi. Boleh tahan besar company ni.
“Cik Qurainsha,untuk
permulaan ni awak akan berada dibawah pemerhatian saya. 3 bulan pertama adalah
tempoh percubaan awak. Kalau dalam tempoh 3 bulan tu prestasi awak
memberangsangkan,pihak kami akan serap awak sebagai pekerja tetap dibawah
syarikat kami. Oh lagi satu. Dalam 3 bulan ni awak akan bertugas dengan
Luqman,salah seorang pemandu pelancong kat sini. Awak bolehlah belajar daripada
dia serba sikit tentang skop kerja awak. Come,saya tunjuk tempat awak.” Panjang
lebar penerangan manager aku ni. Aku kemudian membuntutinya ke ruang tempat
kerjaku.
“Okey,ini
tempat awak. Kejap lagi secretary saya akan pass profile syarikat kepada awak.
Awak bolehlah go through serba sikit tentang syarikat ni,”sambungnya.
Cantik ruang
kerja aku ni. Ringkas dan kemas. Sebuah meja bersaiz sederhana dan sebuah laci
tepi tiga tingkat. Dilengkapi dengan satu komputer,rak untuk meletak dokumen
dan telefon.
“Baiklah
Encik Ikmal. Terima kasih.”
“Sama-sama.
Kalau takde apa-apa lagi,saya masuk office saya dulu. Anything you can ask my
secretary or just call me directly,”Encik Ikmal meminta diri. Aku mengangguk
sambil tersenyum.
Aku
melabuhkan punggung atas kerusi di ruang kerjaku. Hahh! Alhamdulillah,akhirnya
aku dapat kerja. Lega sangat aku rasa. Aku janji aku akan kerja
bersungguh-sungguh. Aku takkan sia-siakan peluang ni.
HARI pertama
aku takde banyak kerja pun. Aku cuma diberi taklimat tentang skop kerja aku dan
latarbelakang syarikat ini. Esok baru tugasku bermula sebagai pemandu
pelancong. Esok aku perlu menyedia dan menyiapkan dokumen para pelancong yang
akan menggunakan khidmat agensi ini dan minggu depan tugasku sebagai pemandu
pelancong akan bermula.
Aku akan
bersama-sama Luqman mengendalikan sekumpulan pelancong tempatan yang
menggunakan khidmat agensi kami. Destinasi tujuan kami adalah Pulau Langkawi.
Woohoo! Syok ni,aku pun dah lama tak pergi Langkawi ni. Ini adalah satu
kelebihan ye tuan-tuan dan puan-puan bekerja sebagai pemandu pelancong.
Aku pulak
memang sengaja memilih kerjaya ni sebab aku ni memang kaki berjalan. Aku suka
travel. Travel tak semestinya keluar negara. Dinegara kita pun banyak tempat
untuk dilawati dan dikunjungi. Jelajahlah negara sendiri dulu barulah jelajah
negara lain. Dan pilihlah agensi kami sebagai agensi pelancongan pilihan anda.
Cehh,sempat lagi promote tu. Ha ha ha.
LET’S Travel
Corporation adalah salah satu anak syarikat dibawah label Hanif Empire
Holdings. Hanif Empire Holdings adalah salah satu syarikat korporat gergasi di
Malaysia. Hanif Empire Holdings mempunyai beberapa lagi anak syarikat dibawah labelnya.
Sebagai contoh,syarikat tempat aku kerja ni.
Let’s Travel
Corporation merupakan syarikat agensi pelancongan. Hanif Transportation &
Shipping Corporation merupakan syarikat perkapalan dan menyediakan khidmat
pengangkutan awam. Selain itu jugak,Hanif Empire Holdings jugak mempunyai anak
syarikat yang menjalankan aktiviti penyediaan makanan,Ekran’s Bistro.
Erk! Ekran?
Macam pernah aku dengar nama tu,tapi dimana ya? Haa,tulah antara anak-anak
syarikat dibawah label Hanif Empire Holdings. Bangga jugak ni aku rasa sebab
dapat join syarikat korporat gergasi ni. Hu hu hu. Bajet macam aku je tuan
punya Hanif Empire Holdings.
Oh lupa. COO
and tuan punya syarikat ni Tan Sri Hanif Bin Kamarul. Tapi dengarnya Tan Sri
dah bersara,berehat. Semua syarikat dia serahkan kepada anak sulung dia. Dengar
cerita daripada officemates aku,anak dia lelaki. Handsome tahap tak patut.
Tapi,sombong plus berlagak plus ego pun tahap tak patut jugak.
Yang
peliknya,dia cuma sombong plus berlagak plus ego dengan golongan wanita-wanita
muda sahaja. Dengan kaum yang sewaktu dengannya dia professional. Dengan
kanak-kanak and warga emas pulak,dia hormat and peramah. Suka menolong dan
berceloteh. Aisehh,hancuss harapan aku nak mengurat anak Tan Sri. Ha ha ha.
“SHA,kau tak
nak lunch ke?”tegur Nissa mematikan angan-anganku yang baru nak berkembang.
“Lunch?”soalku
seraya melihat jam tanganku. Eh? Dah waktu lunch ke? Cepatnya.
“Jomlah Sha.
Aku lapar ni. Lagipun aku nak tanya pasal semalam. Aku tak sempat tanya kau dah
blah balik rumah. Sampai rumah pun kau tak keluar bilik. Aku tau kau mengelat
kan? Kau takut aku tanya kau pasal mamat yang bertembung dengan kita depan lift
tu kan?”
Baguslah
kalau kau tau Nissa. Aku memanglah mengelat daripada kau. Ishh,aku lapar ni.
Tapi kalau aku join Nissa lunch karang,macam-macam dia soal aku. Kalau tak
keluar lunch karang,pengsan aku sebab lapar.
“Nissa,kau
tolong tapau untuk aku boleh? Aku malaslah nak keluar lunch. Eh? Eh? Tolong eh?”pintaku
sambil mataku kerdip-kerdipkan.
“Tak naklah.
Aku tak kira,jom jugak keluar lunch. Jangan nak mengelat dah. Tak cukup lagi
satu malam kau mengelat daripada aku? Hari ni pun kau nak mengelat jugak?
Sampai bila kau nak mengelat je?”soal Nissa bertalu-talu.
Ah,ikut jelah
Nissa ni. Lagipun aku dengan mamat tu bukan ada apa-apa pun. Cuma kebetulan
asyik terserempak je. Kau je yang perasan Sha. Entah-entah mamat tu takde
apa-apa pun. Kau je yang over.
“Okeylah,tunggu
jap aku nak kemas meja aku sikit.”
RESTORAN nasi
kandar menjadi pilihan kami. Ah,nasi kandar pun nasi kandarlah. Asal perut aku
kenyang. Bukan selalu pun aku makan nasi kandar ni. Perut dah berdondang sayang.
Apa lagi? Serbu!
Aku memilih
kari sotong,ayam goreng berempah dan segelas jus tembikai. Nissa pulak kari
ayam,ayam goreng,masak kicap sotong dan jus epal. Huhh makcik ni,menyumbat tak
ingat. Gemuk karang mulalah nak bising. Lapar punya pasal,makan pun tak toleh
kiri kanan dah. Sumbat,sumbat dan sumbat. Tahu-tahu je dah habis makanan kami.
Jam hampir ke
pukul 2 petang ketika aku dan Nissa masuk ke office. Masa makan tadi,puas dah
aku kena soal siasat dengan si Nissa pasal semalam. Pasal perlanggaran demi
perlanggaran,pertembungan demi pertembungan. Tak dapat dah aku nak mengelak.
Nak tak nak,aku kena jawab jugaklah.
FOKUS aku
terganggu dengan suara si Nissa mengajakku balik. Jam tangan kukerling. Lah,dah
pukul 5 ke. Cepatnya,tak sedar pun. Punyalah fokus baca profile syarikat sampai
tak ingat dunia.
Bukan fokus
sangat sebenarnya,tapi lebih kepada berangan. Berangan apa? Aku berangan nak
jumpa CEO muda tulah,anak Tan Sri Hanif. Tapi,kenapalah takde gambar dia dalam
profile syarikat ni? Or at least,biodata dia dah cukup.
Tapi
takpe,sooner or later aku tetap dapat tengok dia. Yela,aku kan one of his
staff. So,all I have to do is,wait! Tapi entah kenapa,rasa tak sabar pulak nak
jumpa CEO tu. Ini mulalah aku nak berangan ni.
Muka dia
macam mana eh? Dia tinggi tak eh? Kalau tinggi,berapa tinggi dia? Kulit dia
putih tak? Mata dia warna apa? Hidung mancung tak? Gigi dia cantik tak? Dia
merokok tak? Dia gemuk ke kurus? Ke tough? Ada six pack tak? Wah,wah,wah.
Melampau angan-angan aku ni. Ha ha ha. Merenyam!
“Hoi!
Berangan. Aku ajak balik,yang kau sengih tu kenapa? Sakit?”sergah Nissa. Kuss
semangat. Nissa,Nissa. Kalau hari-hari macam ni,mau “jalan” aku. Kami
beriringan jalan ke keretaku,Suzuki Swift. Destinasi? Rumah!