Wednesday, 18 December 2013

MY TOURIST GUIDE BAB 4

BAB 4
            “TAHNIAH Cik Qurainsha. Awak diterima bekerja di syarikat kami. Welcome to our big family,our new tourist guide,”ucap Encik Ikmal berserta senyuman. Tangannya dihulur kepadaku untuk bersalam. Aku hanya mampu tersenyum dan menunduk sedikit kepadanya sebagai tanda hormatku. Huluran tangannya kubiar tidak bersambut. Mana boleh salam,haram!
“Thank you Mr. Ikmal,”ujarku seraya tersenyum. Eh,aku rasa ni bukan tersenyum lagi dah. Tapi ni tersengih. Senang hati. At last,dapat jugak kerja. Amin..
“My pleasure. Oh by the way,Cik Qurainsha mula bekerja esok boleh?”manager muda itu bertanya.
“Sure. Mr. Ikmal,if there’s nothing else I shall make a move now,”aku meminta diri.
“Yeah sure. So,see you tomorrow,”ujar Encik Ikmal sambil sekali lagi menghulurkan tangan untuk bersalam denganku.
“Ops,lupa. I’m sorry.” Tayang gigi pulak manager-to-be aku ni.
KELUAR je daripada bilik Encik Ikmal tu aku terus call Nissa. Kalau ikutkan hati aku ni,nak je aku terkinja-kinja kat tengah-tengah office ni. Tapi tak jadilah. Karang Encik Ikmal cancel nak hire aku,melepas aku.
“Hish,mana Nissa ni? Susah sangat nak angkat call aku,”aku mengomel sendirian. Aku terus berjalan menuju ke lift.
Ting! Pintu lift terbuka. Seorang demi seorang keluar daripada perut lift. Sebaik aku terpandang Anissa didalam lift,aku terus menariknya keluar lift. Aku menarik tangan Nissa,mengajaknya sama-sama melompat dan terkinja-kinja denganku. Kami melompat-lompat plus terkinja-kinja sambil berpusing. Kami berhenti berpusing dan aku membelakangkan pintu lift.
“Weyh,yang kau melompat terkinja-kinja ni kenapa? Tak malu ke orang tengok?”marah Nissa sambil menarik tangannya dari peganganku.
“Ah,malu tu letak tepi dulu. Yang penting sekarang ni aku happy!”,kataku seraya memeluk Nissa. Nissa terpinga-pinga.
“Yela,aku tau kau happy. Tengok gaya pun tau dah. Tapi apa sebab kau happy sampai macam ni sekali?”Nissa menyoal.
“Aku dapat kerja. Aku dapat jawatan pemandu pelancong tu,”kataku beserta tawa.
“Aaaaaaa….. tahniah. Tahniah Sya,”Nissa pun dah excited dah. Siap menjerit tu! Peluk aku lagi tau,kiss pipi.
“Aku nak puhh sikitlah,kasi lagi ong,”gurauku.
“Oii makcik,puhh mangkuk kau. Percaya sangat benda-benda macam tu. Baik kau buat sujud syukur,”sindirnya.
“Ala,aku gurau jelah. Puhh aku tu tak bawak apa-apa maksud pun . saja je,”jawabku. Kemudian aku menadah tangan,berdoa.
“Ya Allah,terima kasih Ya Allah. Syukur Alhamdulillah. Puhh kanan,puhh kiri. Puhh depan,puhh belakang. Puhh atas…..”
Terbeliak mataku. Ish,macam mana mamat ni boleh ada kat belakang aku? Aku tak dengar pun bunyi pintu lift terbuka. Takkan dia boleh tembus pintu lift kut? Impossible!
“Sha.” Baru aku nak buka mulut,Nissa dah tarik tanganku menyuruh aku ketepi. Tapi aku kaku! Mukaku terdongak keatas,mataku terbeliak,mulutku masih memuncung.
Mamat tu pulak menunduk melihatku. Yela,dia kan tinggi. Mukanya betul-betul diatas mukaku,cuma berjarak beberapa inci saja. Mamat tu memejamkan matanya dan menahan nafas. Ini boleh mendatangkan rasa terhina. Apa pejam-pejam mata? Tahan-tahan nafas? Nafas aku wangi okey?
Nissa dah mencengkam lenganku. Muka dia tak usah cakaplah. Pucat sepucat pucat pucatnya. Macam nampak hantu gayanya. Tapi ni bukan hantu,ni orang. Handsome pulak tu. Ah,pucat tak pucat. Dia hina aku,secara halus.
“Hello mister,tak payah nak tahan nafas sangatlah. Nafas I tak berbau okey?”semburku.
Dia membuka matanya. Dia senyum. Senyum? Aku ingat dia nak marah. Yela,kan aku puhh muka dia. Tapi… dia makin mendekatkan mukanya ke mukaku. Tiba-tiba…
“Puhhh!” Erk! Dia puhh kat muka aku balik? Kalau nafas wangi takpe jugak. Ini? Nafas baru rokok!
“Eh apa masalah you ni eh? Yang you puhh kat muka I tu kenapa? Kalau nafas tu wangi takpe jugak. Ini tidak. Nafas mengalahkan bau loji kumbahan,bau asap rokok. Busuk! Apa malang sangat nasib I ni eh? Asal I masuk je bangunan ni mesti I terserempak dengan you. Hari tu terlanggar,lepas tu terlanggar lagi. Then I terpaksa pulak ikut you lunch. Yang I pun satu,bengap. Kenapa I ikut cakap you entah. Sekarang,terjumpa lagi. Main puhh-puhh kat muka orang pulak tu. You follow I ke apa?” Kebabom! Bom atom meletup. Puas hati aku.
“My lovely Ammara,this is what we call fate. Hari tu awak yang langgar saya,bukan saya langgar awak. Lepas tu kita bertembung lagi dekat luar,then lunch together. Sekarang pun awak yang puhh saya dulu,then baru saya puhh awak. Saya tak perlu follow awak. Kalau dah takdir kita berjumpa,kita pasti berjumpa. And now,kita berjumpa lagi. See you soon,very soon. Maybe tomorrow,”katanya tenang. Aku terkedu. Dia berlalu pergi. Tiga langkah dia berjalan. Kemudian dia berpusing semula. Dia menghadiahkan kenyitan mata kepadaku.
Erk! Aku terkedu lagi sekali. Mukaku terasa berbahang. Oh my god,kenapa dengan aku ni?
“Sha,”panggil Nissa sambil menggoyang-goyangkan tanganku. Aku tersentak.
“Nissa,aku balik dululah.”
Aku terus melangkah keluar dari bangunan agensi tu. Tak sanggup aku nak berlama-lama dalam bangunan tu.
Sebab pertama. Kalau aku terjumpa lagi mamat kerek tu macam mana? Mana aku nak sorok muka aku ni? Yang jantung ni pun satu. Sejak bila pandai buat kerja lebih masa entah. Asal pandang je mamat tu,heartbeat aku pun dah tak betul. Makin laju heartbeat aku.
Sebab kedua. Apa aku nak jawab dengan si Nissa? Aku tau dia mesti tertanya-tanya pasal tadi tu. Aku tau mesti dia pening punyalah dengar kami cakap. Terlanggarlah,terserempaklah. Lunch bagai. Si Nissa ni kan tak tahu yang kami pernah bertembung sebelum ni.
Dia tak tahu mamat tulah yang aku terlanggar tu. Yang lagi parah tu,aku boleh ikut mamat tu pergi lunch. Tapi tadi aku terlepas cakap. Marah punya pasal habis semua aku sebut,aku ungkit. Yang aku pasti sangat,Nissa mesti akan soal aku macam-macam. Selagi dia tak puas hati selagi tu dia akan soal.

So,sebelum dia attack aku dengan soalan-soalan dia tu,baik aku cabut.

No comments:

Post a Comment