Thursday, 12 December 2013

MY TOURIST GUIDE BAB 1

BAB 1
“Hoi cik kak,kau kat mana? Kau tengok jam kau sekarang pukul berapa? Interview kau pukul berapa? Kau nak terlepas interview tu? Kau tak nak kerja? Kau nak menganggur sampai tua?”
Tudiaaa,machine gun dah bunyi. Call aku salam tarak apa pun tarak terus terjah macam ni. Cair tahi telinga aku pepagi buta ni. Er,pagi buta ke? Ah,lantaklah pagi buta ke pagi celik ke.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ye cik Anissa,nak apa call saya pagi-pagi buta ni?”kan dah jadi ustazah aku ni.
“Waalaikumsalam. Pagi buta lutut kau. Kau reti tengok jam tak ni? Sekarang dah pukul 10 pagi,interview kau pukul 10.30 pagi. Tapi jangankan batang hidung,bayang kau pun aku tak nampak. Kau jangan Sha. Kau yang over mintak aku rekemen kau untuk jawatan tourist guide tu,jangan kau buat hal pulak. Malu aku kat bos aku tu.” Haihh,makcik ni,kalau cakap satu-satu tu memang tak boleh. Aku pun confuse,dia ni cakap ke membebel. Nasib baik aku faham dia cakap,kalau tak nganga je lah aku.
“Amboi makcik,kau kalau satu hari tak sembur aku tak boleh eh? Aku reti tengok jam. Memanglah kau tak nampak bayang aku sebab dalam bangunan ni takde cahaya matahari. Aku baru sampai lah,ada depan lift ni haa. Aku tahu lah kau yang rekemen,sebab tu riuh macam murai tercabut ekor. Aku takkan malukan kaulah. Ni Ammara Qurainsha okay. Relax sister sister relax,”sempat lagi aku menyanyi. Ini kalau orang nampak aku nyanyi ni sah-sah orang cakap aku gila.
Tiba-tiba…bum!
“Adoi,sakit hidung aku,”aku menyeringai sambil menggosok-gosok hidungku yang terasa perit akibat terlanggar benda tadi.
Benda? Aku fokuskan pandanganku ke lantai didepanku. Benda ada kaki ke? Mak aihh,tapak kaki besar giler. Mau kasut saiz 9 10 jugak ni. Kaki pun panjang,berapa inci agak-agak eh kaki benda ni? Eh eh,benda ni pakai seluar slack warna hitamlah. Lagi aku dongak,dongak dan dongak. Adeh,sakit leher aku. Tinggi betul benda ni.
Gulp! Nafasku tersekat,mataku terpaku. Ini bukan benda daa. Ini manusia,makhluk Allah yang paling handsome pernah aku tengok. Lama mataku terpaku melihat seraut wajah putih bersih kemerahan. Makhluk tu sedang mengurut dada. Er,aku terlanggar dada dia ke tadi? Kesian,berkerut-kerut muka dia tahan sakit.
“Er,maafkan saya. Saya tak perasan encik tadi,”aku memohon maaf.
“Macam mana nak perasan kalau jalan tu menonong je tak toleh kiri kanan. Jalan sambil on the phone macam tu,menyanyi pulak tu. Macam orang gila.” Ewahh,cantik bahasa. Kan betul cakap aku,mesti orang cakap aku gila.
“I’m sorry. Kalau saya gila sekalipun,kenapa? Saya kacau encik? Saya mintak maaf pun dah cukup baiklah encik. Lagipun yang sakitnya saya,bukan encik. Yang nak bising mengalahkan ayam nak bertelur tu kenapa?” Hah,amekaw!
“What? You cakap I macam ayam nak bertelur? Hey! Who do you think you are? You sape nak cakap macam tu dekat I? Don’t you know who am I?”soal makhluk angkuh depan aku.
“Erk? Listen here mister. I don’t even care who you are or where you’re from. Yang I tahu I dah mintak maaf. You nak maafkan I atau tak,up to you. None of my business. Tak luak pun kalau you tak maafkan I. Okaylah,I got to go.” Padan muka kau. Apa kau ingat kau sorang je boleh ber-I-you dengan aku. Pooodahh! Terkebil-kebil kau.
“Hello,oi Sha. Kau dengar tak apa aku cakap ni?”
Hampir aku lupa. Si Nissa ni still on the phone lah. Ni semua gara-gara makhluk sombong tu lah.
 “Sorry Nissa. Aku tak dengarlah apa kau cakap. Tadi aku terlanggar sorang makhluk kerek ni. Aku tahu salah aku,tapi aku dah mintak maaf. Tapi kau tahu tak,makhluk tu Ya Allah punyalah kerek. Aku mintak maaf pun dah cukup bagus,lagi nak sembur aku. Dah tu boleh pulak dia soal aku,don’t you know who am I? Piraahhh!”aku menghamburkan rasa geramku.
“Eh,kau terlanggar sape? Kat mana? Handsome tak? Yela,selalu kalau kerek-kerek ni mesti handsome orangnya kan?”angin gatal makcik ni dah datang.
“Dahlah,malas aku nak layan kau. Baik aku prepare untuk interview kejap lagi. Assalamualaikum,”kataku seraya mematikan talian.
Aku masuk kedalam lift untuk ke tempat interview aku di tingkat 3. Hari ni aku ada interview untuk jawatan pemandu pelancong di salah satu syarikat pelancongan di Malaysia, Let’s Travel Corporation. Semua ni berkat pertolongan makcik si mulut becok tu,Anissa. Kalau dia tak tolong rekemenkan aku,belum tentu aku dapat tawaran interview kat travel agency ni.
Aku melangkah dengan penuh semangat memasuki ruang legar pejabat Let’s Travel Corporation. Tapi tiba-tiba semangat aku yang berkobar-kobar tadi merudum jatuh macam pasaran saham di Wall Street. Mana taknya,aku tengok calon-calon lain jauh lebih berkelayakan daripada aku. Cukup pakej. Muka cantik,tinggi lampai. Pakaian pun up-to-date. Lagipun nampak macam educated. Haihh,tergugat.
Calon-calon lain pun asyik jeling aku je. Apa,pelik sangat ke aku pakai? Aku tilik baju aku pakai,okay je.  Dress plain labuh warna mustard dengan pashmina warna dark brown. What,do I look like an alien? Relax Ain,anggap je diorang tu jealous dengan kecantikkan dan ke”cun”an kau. Haha,angin perasan sudah mali. Ah,pedulikan jelah diorang tu.
Aku duduk di kerusi yang terakhir,satu-satunya kerusi yang kosong. Seorang demi seorang calon di panggil masuk. Aku masih menanti dengan sabar. Tanganku genggam,cuba bertenang. Nafas ku tarik dalam-dalam lalu ku hembus perlahan. Setiap kali calon-calon lain keluar dari bilik temuduga,aku perhatikan mereka. Beraneka jenis komen aku dengar daripada mulut mereka. Eheh,macam biskut beraneka jenis.
“Handsome giler manager dia.”
“Cara manager dia pandang I tadi,macam dia sukakan I.”
“I jatuh cinta dengan manager dia.”
“Manager dia single lagi ke? Agak-agak I ada peluang tak eh?”
“Mesti I terpilih untuk jawatan tourist guide tu sebab I yang paling layak.”
Begitulah antara komen-komen diorang. Banyaknya komen yang angkat bakul sendiri. I wonder,handsome sangat ke manager tu? Semua calon asyik puji je dia. Nak jugaklah kan tengok. Betul ke handsome,jangan rompong sudah.
“Cik Ammara Qurainsha Binti Borhan,”lamunanku tersentak bila namaku dipanggil oleh setiausaha manager “handsome” tu.
“Saya,”ujarku seraya bangun mendapatkan wanita anggun yang berkebaya pendek itu.
Wanita itu membawaku ke bilik temuduga. Nervous punya pasal,jalan pun dah terpelecok. Buat malu je. Okay Sha,you can do it. Tarik nafas,hembus. Tarik nafas,hembus. Tarik nafas,tahan then hembus. Maniskan muka Sha,senyum. Akalku menyuntik semangat untuk tuannya. Pintu bilik temuduga itu kuketuk,menunggu arahan menyuruhku masuk.
“Masuk,”kedengaran suara dari dalam bilik itu menyuruhku masuk.
“Assalamualaikum,selamat pagi,”ucapku setelah daun pintu kubuka. Senyuman yang paling manis kulemparkan buat penemuduga-penemuduga itu.
“Waalaikumsalam,selamat pagi. Silakan duduk,”salah seorang penemuduga itu menjawab salamku sambil mempelawaku duduk. Ketiga-tiga mereka membalas senyumanku.
Hmm,first impression aku untuk diorang ni,nampak professional. Senyum diorang pun nampak ikhlas je,tak nampak macam buat-buat. Okeylah kan,takdelah aku nervous sangat. Impression penemuduga pun memainkan peranan penting dalam suatu temuduga itu sendiri. Yela,kalau penemuduga tu asyik tayang muka ketat je sepanjang temuduga,tak ke pressure calon-calon temuduga tu. Kan?
“Please tell us about yourself,”salah seorang penemuduga itu bersuara. The interview session had just started.
“Assalamualaikum and good morning. I’m Ammara Qurainsha Binti Borhan. I’m 22 years old and I graduated with a degree in Tourism from Universiti Teknologi Mara,”aku menceritakan sedikit tentang latarbelakang pendidikanku setenang yang mungkin. Segaris senyuman aku hadiahkan buat mereka.
“Well,you have an excellent achievement throughout your study years. I’m impressed,” penemuduga pertama memujiku. Ikmal,nice name. sesuai nama dengan perwatakkannya. Yang penting,handsome! Gatal kau eh Ammara Qurainsha.
“So Miss Qurainsha,tell us about your abilities. Why do we have to hire you for this post?” penemuduga yang kedua menyoalku. Aku agak mungkin dia adalah ketua penemuduga memandangkan dia berada ditengah dan kelihatan sedikit berusia. Aku jeling tag namanya,Hisham.
Eh,tak mungkinlah dia ketua temuduga. Yela,selalunya manager yang jadi ketua temuduga kan? Pulak tu,calon-calon lain bukan main puji lagi yang kononnya manager dia tu handsome sangat sangat. Kalau Encik Hisham ni manager dia,mana handsome pun. Tapi kalau yang lagi dua orang tu,mungkinlah. Encik Ikmal dengan Encik Qaleef. Handsome,tapi handsome tahap biasa-biasa je. Handsome tahap luarbiasa tu mamat yang aku terlanggar tadi tu.
Ewahh kau,suka hati kau je nak tahapkan ke”handsome”an orang kan? Kau tu cantik sangat ke Sha? Cantik,cantik sangat-sangat. Kalah Miss World tau. Eheh! Sempat lagi aku mengelamun.
“Thank you for your question Mr. Hisham. Actually I’m a multitasking person. Well,I have several experiences in several jobs before. Before this,I used to work as an admin clerk. So,I’m master in plenty of computer software like Microsoft Office Word,Excel and Powerpoint.
Furthermore,I also used to work as a teacher,front desk officer and a promoter. Lucky me,all my jobs before had trained me in my communication skills. I’m also fluent in three languages which are Malay,Cantonese and English. So I’m sure I can communicate well with the tourist if I were given this post.
I’m a dedicated and committed person. Since this job field is my passion,I guarantee you that I’ll do my best. I’m also a fast learner. I am able to work with a team and also able to work for a long hours. Last but not least,travel is my hobby. So,I have many experiences in travelling and I also have plenty of knowledge in tourism sector in our country,Malaysia,”aku mengakiri bicara.
“Okay Miss Qurainsha,you’ve impressed us. Anything we’ll let you know,”akhirnya bersuara jugak penemuduga terakhir,Encik Qaleef.
“Thank you for spending your time for me,assalamualaikum,”ujarku seraya bangun dan melangkah keluar.
Fuhh,lega! Terlepas satu beban,ringan bahu aku. Semoga aku dapat jawatan pemandu pelancong tu. Dah lama aku tanam anggur,tapi berbuahnya tak jugak. Penat tau menanam tapi takde hasil.


No comments:

Post a Comment