Friday, 13 December 2013

MY TOURIST GUIDE BAB 2

BAB 2
            Aku memandu Suzuki Swift membelah kesesakan lalulintas. Hasrat hati ingin mengisi perut sebelum aku merewang ke tempat lain. Hailaa,lunch soranglah aku nampak gayanya. Call si Nissa pun tak berangkat. Kalau tak, boleh jugak ajak dia teman aku lunch. Baru aku berura-ura nak call Nissa lagi sekali,handphone aku berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Panjang umur kau Nissa. Aku baru sebut-sebut nama kau,kau dah call aku.
“Hello assalamualaikum,”aku memberi salam.
“Waalaikumsalam. Sha,kau kat mana? Macam mana interview tadi? Sempat tak kau attend interview tu?”bila Anissa membuka mulut.
“Aku kat dalam kereta,on the way nak pergi lunch. Aku pergi interview tadi,risau sangat aku tak pergi. Yang kau ni aku call tak reti nak angkat tu kenapa? Campak phone tu dalam longkanglah wei kalau tak tau guna,”kau ingat kau je pandai sembur aku ye Nissa.
“Balas dendam nampak makcik. Sorrylah,aku bukan sengaja tak pick up call kau. Aku meeting tadi. Baguslah kalau kau attend interview tu. So macam mana? Dapat?”soal Nissa.
“Entahlah,tapi tadi diorang cakap anything we’ll call you. Selalunya kalau ayat tu,memang kompem tak dapatlah kan? Haihh,tanam anggur lagilah aku nampak gayanya. Nasib badan daa,”keluhku.
“Mana kau tahu tak dapat? Kau ni cepat sangatlah buat andaian. Entah-entah rezeki kau kerja satu company dengan aku. Nasib akulah kan. Kat rumah hadap muka kau,kat office pun hadap muka kau.” Eh makcik ni,tadi support aku,ni condemn pulak.
“Kalau macam tu aku pindah rumahlah. Kat office je kita jumpa,kat rumah tak sebab dah duduk asing. Kan?”sindirku.
“Kau berani pindah,aku siat kulit Swift kau tu. Mengade,gurau sikit pun tak boleh,”ugut aku pulak dah. Tadi puji,lepas tu condemn. Sekarang ugut pulak. Tapi aku tahu dia gurau je.
“He he he,tahu takut. Eh Nissa,balik nanti kita story lagi eh? Aku drive ni. Assalamualaikum,” aku mengakiri bicara seraya mematikan talian.
Aku dengan Anissa ni dah lama kenal,dah lama bersahabat. Persahabatan kami terjalin sejak lima tahun lalu. Masa tu kami sama-sama mendaftar sebagai pelajar diploma di UiTM Dungun. Aku Diploma Pelancongan dan dia Diploma Perakaunan. Kebetulan juga kami menjadi teman sebilik.
Mengenali Anissa menjadikan aku sedikit matang. Yela,aku kan terkenal dengan perangai childish aku. Dia juga banyak mendisiplinkan aku yang sememangnya kurang berdisiplin atau lebih tepat,tak berdisiplin langsung. Walaupun berada jauh daripada ibu dan abah aku,tapi aku tak terasa sangat kesunyian itu.
Anissa umpama pengganti ibu aku. Dia suka bebelkan aku. Bila dikejut aku bangun solat subuh tapi aku tak bangun,disimbahnya aku dengan air. Aku memang susah bangun pagi,aku suka buat kerja last minute. Semua aktivitiku dia yang pantau. Tabiat tegarku yang sukar diubah,aku selalu iron baju last minute. Class aku pukul 8.00 pagi. Aku bangun pukul 6.30 pagi,itupun setelah disimbah air. Aku iron baju pukul 7 sesudah mandi. Akibatnya aku selalu rushing kekelas. Dan akibatnya jugak,aku kena tadah telinga dengar bebelan dia.
Dia selalu paksa aku study and buat revision dengan dia. Mula-mula aku bengang jugaklah. Yela,kena paksa buat sesuatu yang aku tak suka. Tapi makin lama kenal Anissa,makin aku selesa dengan dia.
Aku tak kisah dan aku tak pernah marahkan dia bila dia paksa atau bebelkan aku. Malah aku terasa hari-hariku sunyi dan pelik kalau Nissa tak bebelkan aku. Aku tahu dia sayangkan aku dan aku pun sayangkan dia. Mulut laser dia dan perangai tak semenggah aku tak pernah halang kami menjadi sahabat karib.
Nasib Anissa baik,dia dapat tawaran bekerja dengan syarikat pelancongan Let’s Travel Corporation semasa kami di tahun akhir pengajian diploma. Pada mulanya,dia hanya mencuba nasib dengan menghantar resume untuk jawatan akauntan apabila terbaca iklan jawatan syarikat itu di akhbar. Nyata memang rezeki dia bila dia boleh mula bekerja sebaik sahaja tamat belajar.
Berbeza pulak dengan aku. Puas aku menghantar resume dan memohon kerja,tapi tak satu pun yang aku dapat. Atas sebab tulah aku sambung belajar sampai ke peringkat ijazah. Dan sekarang,walaupun sudah setahun aku tamat belajar namun aku masih menganggur.
Sekarang aku tinggal dengan Anissa dirumah sewanya. Hidup aku makan tidur,makan tidur. Sebab tu Anissa beria-ria paksa aku cari kerja. Kebetulan syarikat dia kerja tu sedang mencari seorang pemandu pelancong. Aku pulak dengan tak malunya suruh Anissa rekemenkan aku kat bos dia untuk jawatan pemandu pelancong tu. Itu pasallah makcik tu bukan main bising lagi tadi bila tak nampak batang hidung plus bayang aku tadi.
Berangan punya berangan rupanya aku dah sampai daa. Tempat makan favourite aku,restoran KFC lah. Cepat dan sedap. Makan sorang pun makan soranglah,janji kenyang. Perut aku pun dah berdondang sayang ni. Aku kunci kereta dan mengatur langkah.
“Auchh!”suara orang mengerang sakit.
Auchh dia je yang dia tahu,auchh aku dia tak tahu pulak. Sakit dahi aku tahu. Malaun mana pulaklah yang langgar aku ni. Malang betullah nasib aku hari ni,asyik terlanggar dan dilanggar saja.
“You? Again?” Hmm,gaya dan nada pertanyaan tu macam aku pernah dengar je.
Mukaku angkat,pandang makhluk kat depan aku ni. Kan aku dah cakap,aku pernah dengar gaya dan nada pertanyaan tu. Siapa lagi,mamat kerek se-universe tulah. Nasib kaulah Sha,asyik bertembung dengan dia je.
“Yeah,I’m again. But kali ni you yang langgar I,bukan I langgar you. So,kita seri 0-0,”kataku bersahaja.
Aku pandang lagi wajahnya. Muka dah sedia putih kemerahan. Bila disimbah panas mentari,wajah itu semakin kemerahan,ditambah pula dia sedang menahan senak didada mungkin akibat terlanggar aku tadi.
“Senangnya you cakap. Yang sakitnya I,bukan you.” Haip,copycat! Tiru ayat aku.
“Excuse me mister. You tengok dahi I ni,merah okay. Ni semua dada you punya pasal. Tuan sengal,dada pun sengal. Lama-lama I pun sengal jugak. Dah,I gerak dulu,”aku menembaknya sesedap mulutku.
“Tunggu,”pintasnya sebelum sempat aku buka langkah.
“Yes mister,you nak belanja I ke? Kalau tak,tolong jangan buang masa I. I tengah lapar ni,karang dengan you sekali I telan,”aku senyum mengejek.
“Okay,I belanja you.” Eh? Aku tersentak. Lah,mulut aku pun satu. Ikut sedap dia je nak cakap kan.
“Whatever,”aku mempercepatkan langkahku. Mintak mintaklah mamat ni blah.
Aku toleh kebelakang,dia membuntutiku. Malah dia mempercepatkan langkahnya menyaingi langkahku. Hishh,bikin hati bengkek!
“Kita nak makan kat mana ni?”
“KFC.”
“KFC? Takde tempat lain ke nak makan? Sudahlah perangai macam budak-budak,makan pun suka makan macam budak-budak.”
Eh,makan KFC macam budak-budak ke? Asal banyak songeh sangat mamat ni. Kecik besar kecik besar je aku nampak mamat ni. Aku tengah lapar ni,karang aku ngap mamat ni karang.
“Eh,suka hati I lah nak makan kat mana pun. And suka hati I lah nak makan macam budak-budak ke,nak pakai macam budak-budak ke,nak tidur macam budak-budak ke nak apa-apa macam budak-budak ke. You sibuk kenapa? Ada I ajak you join ke? Tak kan? You yang gatal nak ikut,lepas tu nak complaint bagai. Sebelum I ngap you untuk lunch I hari ni,better you diam.”
Haa,cari pasal lagi dengan aku. Kan dah kena sembur. Tapi aku tengok dia senyum je,meleret lagi tu. Tak nampak macam nak marah pun. Pelik pulak aku,mana pergi perangai dia yang ek plus kerek tak hingat tu.
“Okaylah,kita makan kat KFC. Saya belanja awak. Macam budak-budak anginnya,”gelak lagi. Tapi,aku pelik. Dia cakap saya awak dengan aku. Mana pergi i-you dia?
Aku memilih tempat yang agak tersorok sementara mamat yang kerek tapi tiba-tiba berubah baik tu pergi order makanan. Aku membuang pandang memerhati sekeliling restoran. Ramai pulak orang hari ni. Sambil menunggu makanan aku sampai,sempat lagi aku mengelamun.
Macam manalah aku boleh setuju mamat ni belanja aku makan. Tadi bukan main bengkek lagi aku dengan dia,tapi aku setuju tu kenapalah. Dahlah baru kenal,itupun kenal sebab terlanggar. Siap perang mulut lagi. Tapi tiba-tiba baik pulak mamat tu.
“Jauh mengelamun. Nah,makanan awak,”tegur satu suara.
Terbang habis lamunan aku. Bila pulak dia sampai? Dah lama ke dia duduk? Dia tahu aku mengelamun? Kalau dia tahu aku mengelamun pasal apa,malu aku.
“Er,thanks,”aku menarik makananku. Pandai pulak mamat ni orderkan untuk aku. Mana dia tahu favourite lunch aku ni? Set lunch treat dengan air milo.
“My pleasure. By the way,saya Ekran. Ekran Firdaus,”baru teringat nak perkenalkan diri.
“Saya Qurainsha,”balasku.
“Qurainsha? Qurainsha apa?”soalnya.
“Nama sayalah Qurainsha tu,”jawabku kasar.
Dah dia perkenalkan namanya,aku pun bagitahulah nama aku. Boleh pulak dia tanya Qurainsha apa. Takkan tak boleh fikir kut brader?
“Maksud saya nama awak Qurainsha apa? Nama saya Ekran Firdaus,nama awak Qurainsha…?” Ow,itu maksudnya. Cakap biar terang dong pak,ha ha ha.
“Ammara Qurainsha Binti Borhan. I/C number saya tak nak tanya?”sindirku. Dia ketawa kecil.
“Lovely name,macam tuan dia jugak. I/C number awak tu tunggu kita nak kahwin nanti saya tanya,”sebut kahwin-kahwin pulak. Siapa nak kahwin dengan awak.
Mamat ni kan,aku nak makan pun tak senang. Main tengok-tengok,tenung-tenung pulak. Jamah jelah makanan kau tu,tak payah tilik muka aku. Naik segan aku. Karang muka aku blushing,naya je. Yang malu aku jugak.
“Muka awak blushing,blushing sangat. Kenapa? Awak malu eh?”sakatnya.
“Mana adalah,panas. Sebab tu blushing. Lagipun buat apa nak malu dengan awak,buang karan,”aku mana boleh kalah. Mesti mau lawan maa.
Dan dia,gelak gelak gelak dan terus gelak. Mental ke? Tak habis-habis gelak. Aku rasa aku tak buat lawak pun. Kesian. Muka handsome,tapi otak tak centre. Ha ha ha.
“Orang tua-tua cakap,kalau perempuan tu muka dia merah bila berdepan dengan seseorang lelaki tu tandanya dia sukakan lelaki tu. Awak suka saya eh?”giatnya lagi.
“Oh please lah. Kenal awak pun tak,nak suka awak? Memang tak lah,”bidasku.
“Maksudnya kalau awak kenal saya,awak suka saya lah kan?” Tak habis lagi mamat ni.
“Cut the crap,will you? Makan jelah. Banyak songehlah awak ni. Macam makcik-makcik. Makcik tu pun tak banyak songeh macam awak,”kataku seraya memuncungkan bibir kearah makcik yang duduk berdekatan kami. Dan untuk kesekian kalinya,dia ketawa lagi.

Aku tak pedulikan dia. Yang aku tahu aku lapar. So,jemput makan. Bismillah , ngap. Satu sudu,dua sudu,tiga sudu dan sudu-sudu seterusnya. Makhluk depan aku ni terus-terusan tenung aku sambil sesekali tersenyum. Tenunglah kau sampai esok pun,aku tak heran. Aku tenung makanan aku lagi bagus.

No comments:

Post a Comment