Friday, 27 December 2013

MY TOURIST GUIDE BAB 5

BAB 5
            Ketukan bertalu-talu dipintu bilik mengganggu lenaku. Aku menggeliat malas. Kulihat jam disebelah,baru pukul 6 pagi. Apa hal si Nissa ni kacau aku pagi-pagi buta ni? Nak suruh aku solat ke? Takkan dia tak tahu aku ABC,Allah bagi cuti. Hish,kacaulah minah ni.
“Hoi Sha,bangunlah. Dah pukul 6 ni,”pekik Nissa dari luar bilik. Saja aku tak bangun buka pintu bilik. Aku tak buka pintu bilik pun boleh dengar suara Nissa yang macam pembesar suara tu,kalau aku buka? Lagilah,menanah telinga aku pagi-pagi buta ni.
“Aku tak boleh solatlah,cuti. Jangan bisinglah,aku nak tidur. Kau nak pergi kerja,pergi jelah. Tak payah kejut aku,”aku turut sama terpekik dari dalam bilik. Dah main aci pekik-pekik  pulak aku dengan Nissa ni. Kalau kena sound dek jiran-jiran,nasiblah.
“Tak payah kejut lutut kau. Kau tak nak kerja ke?”soal Nissa.
Eh? Kerja? Dah bila pulak aku kerja? Nyanyuk ke makcik ni? Agak-agaklah kalau dengki dengan aku pun. Aku tahulah dia kena bangun awal-awal pagi lepas tu siap pergi kerja. Aku pulak boleh sesedap rasa landing atas tilam empuk. Sebab tu jealous tu,dengki!

AKU bangun dengan malas menuju ke pintu bilik. Pintu bilik kubuka. Nissa dah terpacak kat depan pintu bilikku dengan tuala dikepala. Dah sudah mandi kut. Awal giler,tak sejuk ke? Aku menguap luas,mengantuk kut.
“Weyh,kau nyanyuk ke? Sejak bila pulak aku kerja ni? Nak dengki pun agak-agaklah makcik. Jealouslah tu aku boleh landing-landing atas katil,kau pulak dah kena pergi kerja,”kataku dengan mata yang masih tertutup. Haihh,buruk bebenor rupa aku. Dahlah mata terpejam,rambut serabai. Menguap pulak tak tutup mulut. Ini kalau bakal mentua tengok,mau aku kena reject ni.
“Dulu aku jealous,tapi sekarang tak. Ni aku nak tanya ni. Sekarang aku ke kau yang nyanyuk? Setahu akulah kan,semalam bukan main excited lagi kau terkinja-kinja depan lift kat office. Sebab apa? Sebab kau diterima bekerja kan? So,kau nak kerja ke tak ni?”
“Eh? He he. Aku lupalah Nissa. Tapi ni kan awal lagi. Masuk kerja kan pukul 8,lagipun aku bukan boleh solat pun,”aku beralasan pulak. Ibu,kenapa anak ibu ni liat sangat nak bangun pagi ni?
“Awal apa dah pukul 6? Kau tu mandi berjam-jam. Iron baju berjam-jam. Siap berjam-jam. Habis kau nak aku kejut kau pukul 7? Lepas tu kau nak mandi,iron baju,siap tu sempat ke? Nak redah jam lagi. Sempat? Aku tak kira,yang aku tahu kau bangun sekarang. Kalau tak…” Dah,dah mula dah Nissa ni. Pagi-pagi lagi aku dah kena bebel.
“Okey,okey. Aku bangun sekarang. Aku iron baju ye? Lepas tu aku mandi. Then aku siap ye? Bye,”aku memotong cakap Nissa. Kalau tak potong kang meleret-leret dia membebel. Karang kerja ke mana. Hmm,hari ni first day aku kerja. Nak pakai baju apa eh?
Almari kubuka,mencari-mencari baju yang sesuai untuk aku pakai kepejabat. First day. First impression. So,aku kenalah nampak anggun bergaya sikit. Barulah Encik Ikmal tu tak menyesal ambil aku bekerja kan? Pilih punya pilih… Haa,jumpa! Baju yang sesuai untuk semua majlis dan semua tema. Baju apa? Baju kurung!

AKU bersiap ala kadar. Aku mana pandai nak bersolek-solek ni. Ini pun sebab terpaksa okey? Takkan nak pergi kerja dengan muka sememeh plus pucat plus tak bermaya kan? Jadi pemandu pelancong pulak tu. Kenalah jaga penampilan kan?
Aku menilik penampilanku dihadapan cermin. Baju kurung pesak gantung warna hitam bercorak polka dot merah aku padankan dengan sehelai selendang halfmoon warna kuning. Lip gloss berwarna baby pink aku oleskan ke bibir. Siap!
Let’s Travel Corporation,here I come! Encik Ikmal,wait for me! Ammara Qurainsha Borhan,gatal! Muehehehe…

HARI ni kali ketiga aku menjejakkan kakiku di bangunan ini. Bangunan Let’s Travel Corporation. Bezanya kali ni,aku menjejakkan kaki disini sebagai salah seorang staff syarikat ini. Dan hari ini,hari pertama aku memulakan tugasku sebagai pemandu pelancong.
Perasan aku? Excited jangan cakaplah. Kalau aku boleh lompat bintang,dah lama aku lompat. Akhirnya,aku ada kerja. Yeayy! Muka aku? Tak usah cakaplah. Aku rasa ini bukan sengih sampai telinga dah ni,tapi sengih sampai belakang kepala. Bahasa ringkasnya,sengih 360 darjah.
“Cik Qurainsha,”namaku dipanggil seseorang. Lantas aku menoleh.
“Oh,Encik Ikmal. Good morning,”ucapku sambil menunduk sedikit.
“Good morning. So,dah ready nak memulakan your first task on your first day?”
“Insyaallah,saya dah ready since semalam lagi,”jawabku. Aku dah tak mampu nak sorok senyuman aku yang cantik plus menawan plus manis macam gula-gula kapas ni lagi.
“I can see it from your face. Senyum lebar dari tadi. Agaknya kalau saya tak tegur awak sampai esok pun awak still tersenyum kut.” Manager-to-be aku ni menyakat aku pulak. Maknanya dari tadi lagilah dia berdiri sebelah aku? Tengok aku senyum? Senyum sorang-sorang pulak tu. Malu oii,malu. Mana nak letak muka aku yang cantik menawan ni? Ha ha ha,perasan.
“Er,he he,”sudahnya aku hanya mampu tersengih. Malu terkantoi sengih sorang-sorang. Ishh,lift ni pun kenapalah lambat sangat ni? Aku dah tak sanggup nak duduk tepi Encik Ikmal ni. Tebal muka aku.
Ting! Fuhh,panjang umur kau lift. Aku nak masuk cepat-cepat ni,tapi Encik Ikmal ni boleh pulak berdiri terpacak lagi depan lift ni. Tak nak masuk ke? Kang kalau aku masuk dulu kang nampak kurang sopan pulak. Ishh..
“Er.. Encik Ikmal,shall we?”aku mempersilakan manager muda itu. Tapi dia tak bergerak. Dah kenapa ni? Mati ke? Keras kejung je ni. Tapi tersenyum. Pelik,pelik. Mati dalam iman ke? Ahh,try lagi.
“Encik Ikmal…”
“Haa,er. Ada apa Cik Qurainsha?” Lah,berangan rupanya. Patutlah,aku ingat dah mati. Uikss,mulut kau Sha. Celupar!
“Shall we?”lagi sekali aku mempersilakan manager muda tu masuk dulu dalam lift. Hormat bos okey? Bukan kipas bos. Aku hanya menunduk memandang lantai lift. Malu tak hilang lagi ni. Hampir-hampir pintu lift tertutup, tiba-tiba ada tangan yang menahan pintu lift.
“Muat lagi kan lift ni?” Apa punya soalan ni. Dah sah-sah aku dengan Encik Ikmal je dalam lift ni,mestilah muat lagi. Tapi suara tu…
“Ammara dear.”
Erk! Apa daa,asal terkejut mesti erk! Terkejut aku,mana makhluk ni tahu nama aku. Aku mengangkat muka memandang gerangan yang memanggil namaku. Lagi sekali… Erk! Aku terkejut. Ahh sudah.. Patutlah semalam beria-ria dia cakap “see you soon,very soon. Maybe tomorrow.” Mamat ni stalker aku ke?
“Muat lagi,please come in,”Encik Ikmal bersuara. Aku tunduk je,tak berani angkat muka. Eh,bukan tak berani tapi malu. Apa? Ingat Ammara Qurainsha tak tahu malu ke? Malu dengan Encik Ikmal tak habis lagi,ni tambah lagi satu bala. Jantung aku pulak dah start buat overtime.
“Like I said before,kalau dah takdir kita berjumpa,pasti kita berjumpa.”
Ada aku kisah?
“Betul kan apa yang saya cakap semalam? Ni takdir kita.”
Tak betul!
“Ammara,kenapa tunduk je. Lantai tu lagi handsome dari saya ke?”
Memang pun,handsome banyak daripada kau. Handsome giler!
“Ammara dear.”
Ishh,tak tenang betul hidup aku kalau jumpa mamat ni. Nasib baiklah depan manager aku. Kalau tak mau hangit mamat ni kena fire dengan aku. Depan manager,kena jaga reputasi kan?
“My lovely Ammara.”
Dah lovely-lovely pulak. Aku dah hot ni. Suka-suki dia je panggil aku Ammara. Memanglah Ammara tu nama aku,tapi mana ada orang panggil aku Ammara. Semua panggil Qurainsha,tak pun Sha. Ammara tu someone exclusive je yang panggil,tapi dululah. Dah tu,main panggil dear,lovely bagai.
Aku angkat muka,kupandang muka mamat kerek depanku. Mata aku sepetkan,tanda tak puas hati. Kecik besar kecik besar aku tengok mamat ni. Nak je aku sembur. Tapi,sabar Sha sabar. Manager kau ada sekali ni.
Ting! Pintu lift terbuka,aku terus menonong keluar. Tak toleh kiri kanan dah. Lu brader,bikin gua panas je pagi-pagi buta ni. Hishh!
“See you soon dear,again,”jeritnya. Soon? Again? Aku menoleh.
Dia kenyit mata kat aku! Woohoo!
“Cik Qurainsha,awak kenal ke lelaki tu?” Encik Ikmal menyoalku ketika aku berjalan menuju ke office. Tapi masalahnya aku tak tahulah pulak bahagian aku kat level mana.. Aku pandang wajahnya. Air muka dia sedikit tegang.
“Tak kenal,tapi selalu bertembung.” Aku jawab jugak walaupun sedikit pelik. Kenapa manager aku ni? Tadi bukan main happy lagi. Ni tiba-tiba pulak masam. Siap tanya aku soalan yang tak patut.
“Er,Encik Ikmal. Tempat saya kat level mana eh?”tanyaku. Malu bertanya sesat jalan. So,sebelum aku sesat baik aku tanya kan?
“Awak satu office and satu level dengan saya. Jom,”pelawa Encik Ikmal. Aku membuntuti langkahnya.

“ATTENTION!” Encik Ikmal bersuara nyaring. Dia meminta semua staff yang berada di level 3 ni berkumpul.
“Okey semua. Ini Cik Ammara Qurainsha Borhan. Cik Qurainsha ni staff baru kat sini,sebagai pemandu pelancong. Kamu semua bolehlah berkenalan dengan Cik Qurainsha.” Oh,nak perkenalkan aku rupanya. Seorang demi seorang staff disitu memperkenalkan diri.
“Saya Ainna,receptionist kat sini.”
“Saya Laila,accountant kat sini.”
“Saya Diana,secretary Encik Ikmal.”
Lagi…
“Saya Luqman,tourist guide.”
“Saya Celine,translator.”
“Saya Anissa,jugak accountant kat sini.”
Eh,makcik! Makbul doa kau Nissa. Aku housemate kau,aku jugak colleague kau. Kita satu rumah,satu company and paling penting satu level. Padan muka kau Nissa. Pandanglah muka aku sampai kau muntah. Ramai lagi staff rupanya kat level ni. Itu belum level lain lagi. Boleh tahan besar company ni.
“Cik Qurainsha,untuk permulaan ni awak akan berada dibawah pemerhatian saya. 3 bulan pertama adalah tempoh percubaan awak. Kalau dalam tempoh 3 bulan tu prestasi awak memberangsangkan,pihak kami akan serap awak sebagai pekerja tetap dibawah syarikat kami. Oh lagi satu. Dalam 3 bulan ni awak akan bertugas dengan Luqman,salah seorang pemandu pelancong kat sini. Awak bolehlah belajar daripada dia serba sikit tentang skop kerja awak. Come,saya tunjuk tempat awak.” Panjang lebar penerangan manager aku ni. Aku kemudian membuntutinya ke ruang tempat kerjaku.
“Okey,ini tempat awak. Kejap lagi secretary saya akan pass profile syarikat kepada awak. Awak bolehlah go through serba sikit tentang syarikat ni,”sambungnya.
Cantik ruang kerja aku ni. Ringkas dan kemas. Sebuah meja bersaiz sederhana dan sebuah laci tepi tiga tingkat. Dilengkapi dengan satu komputer,rak untuk meletak dokumen dan telefon.
“Baiklah Encik Ikmal. Terima kasih.”
“Sama-sama. Kalau takde apa-apa lagi,saya masuk office saya dulu. Anything you can ask my secretary or just call me directly,”Encik Ikmal meminta diri. Aku mengangguk sambil tersenyum.
Aku melabuhkan punggung atas kerusi di ruang kerjaku. Hahh! Alhamdulillah,akhirnya aku dapat kerja. Lega sangat aku rasa. Aku janji aku akan kerja bersungguh-sungguh. Aku takkan sia-siakan peluang ni.

HARI pertama aku takde banyak kerja pun. Aku cuma diberi taklimat tentang skop kerja aku dan latarbelakang syarikat ini. Esok baru tugasku bermula sebagai pemandu pelancong. Esok aku perlu menyedia dan menyiapkan dokumen para pelancong yang akan menggunakan khidmat agensi ini dan minggu depan tugasku sebagai pemandu pelancong akan bermula.
Aku akan bersama-sama Luqman mengendalikan sekumpulan pelancong tempatan yang menggunakan khidmat agensi kami. Destinasi tujuan kami adalah Pulau Langkawi. Woohoo! Syok ni,aku pun dah lama tak pergi Langkawi ni. Ini adalah satu kelebihan ye tuan-tuan dan puan-puan bekerja sebagai pemandu pelancong.
Aku pulak memang sengaja memilih kerjaya ni sebab aku ni memang kaki berjalan. Aku suka travel. Travel tak semestinya keluar negara. Dinegara kita pun banyak tempat untuk dilawati dan dikunjungi. Jelajahlah negara sendiri dulu barulah jelajah negara lain. Dan pilihlah agensi kami sebagai agensi pelancongan pilihan anda. Cehh,sempat lagi promote tu. Ha ha ha.

LET’S Travel Corporation adalah salah satu anak syarikat dibawah label Hanif Empire Holdings. Hanif Empire Holdings adalah salah satu syarikat korporat gergasi di Malaysia. Hanif Empire Holdings mempunyai beberapa lagi anak syarikat dibawah labelnya. Sebagai contoh,syarikat tempat aku kerja ni.
Let’s Travel Corporation merupakan syarikat agensi pelancongan. Hanif Transportation & Shipping Corporation merupakan syarikat perkapalan dan menyediakan khidmat pengangkutan awam. Selain itu jugak,Hanif Empire Holdings jugak mempunyai anak syarikat yang menjalankan aktiviti penyediaan makanan,Ekran’s Bistro.
Erk! Ekran? Macam pernah aku dengar nama tu,tapi dimana ya? Haa,tulah antara anak-anak syarikat dibawah label Hanif Empire Holdings. Bangga jugak ni aku rasa sebab dapat join syarikat korporat gergasi ni. Hu hu hu. Bajet macam aku je tuan punya Hanif Empire Holdings.
Oh lupa. COO and tuan punya syarikat ni Tan Sri Hanif Bin Kamarul. Tapi dengarnya Tan Sri dah bersara,berehat. Semua syarikat dia serahkan kepada anak sulung dia. Dengar cerita daripada officemates aku,anak dia lelaki. Handsome tahap tak patut. Tapi,sombong plus berlagak plus ego pun tahap tak patut jugak.
Yang peliknya,dia cuma sombong plus berlagak plus ego dengan golongan wanita-wanita muda sahaja. Dengan kaum yang sewaktu dengannya dia professional. Dengan kanak-kanak and warga emas pulak,dia hormat and peramah. Suka menolong dan berceloteh. Aisehh,hancuss harapan aku nak mengurat anak Tan Sri. Ha ha ha.

“SHA,kau tak nak lunch ke?”tegur Nissa mematikan angan-anganku yang baru nak berkembang.
“Lunch?”soalku seraya melihat jam tanganku. Eh? Dah waktu lunch ke? Cepatnya.
“Jomlah Sha. Aku lapar ni. Lagipun aku nak tanya pasal semalam. Aku tak sempat tanya kau dah blah balik rumah. Sampai rumah pun kau tak keluar bilik. Aku tau kau mengelat kan? Kau takut aku tanya kau pasal mamat yang bertembung dengan kita depan lift tu kan?”
Baguslah kalau kau tau Nissa. Aku memanglah mengelat daripada kau. Ishh,aku lapar ni. Tapi kalau aku join Nissa lunch karang,macam-macam dia soal aku. Kalau tak keluar lunch karang,pengsan aku sebab lapar.
“Nissa,kau tolong tapau untuk aku boleh? Aku malaslah nak keluar lunch. Eh? Eh? Tolong eh?”pintaku sambil mataku kerdip-kerdipkan.
“Tak naklah. Aku tak kira,jom jugak keluar lunch. Jangan nak mengelat dah. Tak cukup lagi satu malam kau mengelat daripada aku? Hari ni pun kau nak mengelat jugak? Sampai bila kau nak mengelat je?”soal Nissa bertalu-talu.
Ah,ikut jelah Nissa ni. Lagipun aku dengan mamat tu bukan ada apa-apa pun. Cuma kebetulan asyik terserempak je. Kau je yang perasan Sha. Entah-entah mamat tu takde apa-apa pun. Kau je yang over.
“Okeylah,tunggu jap aku nak kemas meja aku sikit.”

RESTORAN nasi kandar menjadi pilihan kami. Ah,nasi kandar pun nasi kandarlah. Asal perut aku kenyang. Bukan selalu pun aku makan nasi kandar ni. Perut dah berdondang sayang. Apa lagi? Serbu!
Aku memilih kari sotong,ayam goreng berempah dan segelas jus tembikai. Nissa pulak kari ayam,ayam goreng,masak kicap sotong dan jus epal. Huhh makcik ni,menyumbat tak ingat. Gemuk karang mulalah nak bising. Lapar punya pasal,makan pun tak toleh kiri kanan dah. Sumbat,sumbat dan sumbat. Tahu-tahu je dah habis makanan kami.
Jam hampir ke pukul 2 petang ketika aku dan Nissa masuk ke office. Masa makan tadi,puas dah aku kena soal siasat dengan si Nissa pasal semalam. Pasal perlanggaran demi perlanggaran,pertembungan demi pertembungan. Tak dapat dah aku nak mengelak. Nak tak nak,aku kena jawab jugaklah.

FOKUS aku terganggu dengan suara si Nissa mengajakku balik. Jam tangan kukerling. Lah,dah pukul 5 ke. Cepatnya,tak sedar pun. Punyalah fokus baca profile syarikat sampai tak ingat dunia.
Bukan fokus sangat sebenarnya,tapi lebih kepada berangan. Berangan apa? Aku berangan nak jumpa CEO muda tulah,anak Tan Sri Hanif. Tapi,kenapalah takde gambar dia dalam profile syarikat ni? Or at least,biodata dia dah cukup.
Tapi takpe,sooner or later aku tetap dapat tengok dia. Yela,aku kan one of his staff. So,all I have to do is,wait! Tapi entah kenapa,rasa tak sabar pulak nak jumpa CEO tu. Ini mulalah aku nak berangan ni.
Muka dia macam mana eh? Dia tinggi tak eh? Kalau tinggi,berapa tinggi dia? Kulit dia putih tak? Mata dia warna apa? Hidung mancung tak? Gigi dia cantik tak? Dia merokok tak? Dia gemuk ke kurus? Ke tough? Ada six pack tak? Wah,wah,wah. Melampau angan-angan aku ni. Ha ha ha. Merenyam!

“Hoi! Berangan. Aku ajak balik,yang kau sengih tu kenapa? Sakit?”sergah Nissa. Kuss semangat. Nissa,Nissa. Kalau hari-hari macam ni,mau “jalan” aku. Kami beriringan jalan ke keretaku,Suzuki Swift. Destinasi? Rumah!

Wednesday, 18 December 2013

MY TOURIST GUIDE BAB 4

BAB 4
            “TAHNIAH Cik Qurainsha. Awak diterima bekerja di syarikat kami. Welcome to our big family,our new tourist guide,”ucap Encik Ikmal berserta senyuman. Tangannya dihulur kepadaku untuk bersalam. Aku hanya mampu tersenyum dan menunduk sedikit kepadanya sebagai tanda hormatku. Huluran tangannya kubiar tidak bersambut. Mana boleh salam,haram!
“Thank you Mr. Ikmal,”ujarku seraya tersenyum. Eh,aku rasa ni bukan tersenyum lagi dah. Tapi ni tersengih. Senang hati. At last,dapat jugak kerja. Amin..
“My pleasure. Oh by the way,Cik Qurainsha mula bekerja esok boleh?”manager muda itu bertanya.
“Sure. Mr. Ikmal,if there’s nothing else I shall make a move now,”aku meminta diri.
“Yeah sure. So,see you tomorrow,”ujar Encik Ikmal sambil sekali lagi menghulurkan tangan untuk bersalam denganku.
“Ops,lupa. I’m sorry.” Tayang gigi pulak manager-to-be aku ni.
KELUAR je daripada bilik Encik Ikmal tu aku terus call Nissa. Kalau ikutkan hati aku ni,nak je aku terkinja-kinja kat tengah-tengah office ni. Tapi tak jadilah. Karang Encik Ikmal cancel nak hire aku,melepas aku.
“Hish,mana Nissa ni? Susah sangat nak angkat call aku,”aku mengomel sendirian. Aku terus berjalan menuju ke lift.
Ting! Pintu lift terbuka. Seorang demi seorang keluar daripada perut lift. Sebaik aku terpandang Anissa didalam lift,aku terus menariknya keluar lift. Aku menarik tangan Nissa,mengajaknya sama-sama melompat dan terkinja-kinja denganku. Kami melompat-lompat plus terkinja-kinja sambil berpusing. Kami berhenti berpusing dan aku membelakangkan pintu lift.
“Weyh,yang kau melompat terkinja-kinja ni kenapa? Tak malu ke orang tengok?”marah Nissa sambil menarik tangannya dari peganganku.
“Ah,malu tu letak tepi dulu. Yang penting sekarang ni aku happy!”,kataku seraya memeluk Nissa. Nissa terpinga-pinga.
“Yela,aku tau kau happy. Tengok gaya pun tau dah. Tapi apa sebab kau happy sampai macam ni sekali?”Nissa menyoal.
“Aku dapat kerja. Aku dapat jawatan pemandu pelancong tu,”kataku beserta tawa.
“Aaaaaaa….. tahniah. Tahniah Sya,”Nissa pun dah excited dah. Siap menjerit tu! Peluk aku lagi tau,kiss pipi.
“Aku nak puhh sikitlah,kasi lagi ong,”gurauku.
“Oii makcik,puhh mangkuk kau. Percaya sangat benda-benda macam tu. Baik kau buat sujud syukur,”sindirnya.
“Ala,aku gurau jelah. Puhh aku tu tak bawak apa-apa maksud pun . saja je,”jawabku. Kemudian aku menadah tangan,berdoa.
“Ya Allah,terima kasih Ya Allah. Syukur Alhamdulillah. Puhh kanan,puhh kiri. Puhh depan,puhh belakang. Puhh atas…..”
Terbeliak mataku. Ish,macam mana mamat ni boleh ada kat belakang aku? Aku tak dengar pun bunyi pintu lift terbuka. Takkan dia boleh tembus pintu lift kut? Impossible!
“Sha.” Baru aku nak buka mulut,Nissa dah tarik tanganku menyuruh aku ketepi. Tapi aku kaku! Mukaku terdongak keatas,mataku terbeliak,mulutku masih memuncung.
Mamat tu pulak menunduk melihatku. Yela,dia kan tinggi. Mukanya betul-betul diatas mukaku,cuma berjarak beberapa inci saja. Mamat tu memejamkan matanya dan menahan nafas. Ini boleh mendatangkan rasa terhina. Apa pejam-pejam mata? Tahan-tahan nafas? Nafas aku wangi okey?
Nissa dah mencengkam lenganku. Muka dia tak usah cakaplah. Pucat sepucat pucat pucatnya. Macam nampak hantu gayanya. Tapi ni bukan hantu,ni orang. Handsome pulak tu. Ah,pucat tak pucat. Dia hina aku,secara halus.
“Hello mister,tak payah nak tahan nafas sangatlah. Nafas I tak berbau okey?”semburku.
Dia membuka matanya. Dia senyum. Senyum? Aku ingat dia nak marah. Yela,kan aku puhh muka dia. Tapi… dia makin mendekatkan mukanya ke mukaku. Tiba-tiba…
“Puhhh!” Erk! Dia puhh kat muka aku balik? Kalau nafas wangi takpe jugak. Ini? Nafas baru rokok!
“Eh apa masalah you ni eh? Yang you puhh kat muka I tu kenapa? Kalau nafas tu wangi takpe jugak. Ini tidak. Nafas mengalahkan bau loji kumbahan,bau asap rokok. Busuk! Apa malang sangat nasib I ni eh? Asal I masuk je bangunan ni mesti I terserempak dengan you. Hari tu terlanggar,lepas tu terlanggar lagi. Then I terpaksa pulak ikut you lunch. Yang I pun satu,bengap. Kenapa I ikut cakap you entah. Sekarang,terjumpa lagi. Main puhh-puhh kat muka orang pulak tu. You follow I ke apa?” Kebabom! Bom atom meletup. Puas hati aku.
“My lovely Ammara,this is what we call fate. Hari tu awak yang langgar saya,bukan saya langgar awak. Lepas tu kita bertembung lagi dekat luar,then lunch together. Sekarang pun awak yang puhh saya dulu,then baru saya puhh awak. Saya tak perlu follow awak. Kalau dah takdir kita berjumpa,kita pasti berjumpa. And now,kita berjumpa lagi. See you soon,very soon. Maybe tomorrow,”katanya tenang. Aku terkedu. Dia berlalu pergi. Tiga langkah dia berjalan. Kemudian dia berpusing semula. Dia menghadiahkan kenyitan mata kepadaku.
Erk! Aku terkedu lagi sekali. Mukaku terasa berbahang. Oh my god,kenapa dengan aku ni?
“Sha,”panggil Nissa sambil menggoyang-goyangkan tanganku. Aku tersentak.
“Nissa,aku balik dululah.”
Aku terus melangkah keluar dari bangunan agensi tu. Tak sanggup aku nak berlama-lama dalam bangunan tu.
Sebab pertama. Kalau aku terjumpa lagi mamat kerek tu macam mana? Mana aku nak sorok muka aku ni? Yang jantung ni pun satu. Sejak bila pandai buat kerja lebih masa entah. Asal pandang je mamat tu,heartbeat aku pun dah tak betul. Makin laju heartbeat aku.
Sebab kedua. Apa aku nak jawab dengan si Nissa? Aku tau dia mesti tertanya-tanya pasal tadi tu. Aku tau mesti dia pening punyalah dengar kami cakap. Terlanggarlah,terserempaklah. Lunch bagai. Si Nissa ni kan tak tahu yang kami pernah bertembung sebelum ni.
Dia tak tahu mamat tulah yang aku terlanggar tu. Yang lagi parah tu,aku boleh ikut mamat tu pergi lunch. Tapi tadi aku terlepas cakap. Marah punya pasal habis semua aku sebut,aku ungkit. Yang aku pasti sangat,Nissa mesti akan soal aku macam-macam. Selagi dia tak puas hati selagi tu dia akan soal.

So,sebelum dia attack aku dengan soalan-soalan dia tu,baik aku cabut.

MY TOURIST GUIDE BAB 3

BAB 3
            “Awak,tunggu!” Ya Allah! Nak apa lagi mamat ni,tak sudah-sudah kacau hidup aku.
Marah-marah pun aku tunggu jugak. Takpe lah,kasi can dia nak cakap. Dengar dia nak cakap apa.
“Apa lagi awak ni? Saya nak cepatlah,”rungutku.
“Awak…awak…”tergagap-gagap dia bercakap. Semput kut lari kejar aku.
“Awak,awak. Awak apa? Dah bila zaman pulak awak ni gagap? Cepatlah,awak nak cakap apa?”bentakku sedikit kasar. Orang dahlah nak cepat ni,dia boleh pulak lengah-lengah masa aku. Dahlah tengah panas ni,haishhh.
“Okay,okay. Saya nak tanya awak buat apa kat office travel agency tadi tu?” Lah,itu je yang mamat ni nak tanya.
“Kenapa awak nak tahu?”soalku.
“Sajalah. Takkan nak tahu pun tak boleh. Awak buat apa kat situ?”soalnya lagi. Hmm,tak putus asa mamat ni. Nak tahu jugak tu. Ahh,lantaklah. Cakap jelah apa tujuan aku. Cepat dia puas hati,cepat dia blah. Cepat aku balik rumah.
“Attend interview. Okeylah,saya gerak dulu.” Aku tak tunggu dah. Terus jalan laju-laju masuk kereta. Lambat-lambat kang ada lagi dia tahan aku,mengalahkan polis trafik.
Kedengaran lagu Heart Attack nyanyian Demi Lovato. Macam aku kenal je bunyi nada ni. Lah,phone aku bunyi. Ishh Nissa ni,time aku kelam kabut nak lari dari mamat ni lah dia sibuk nak call. Tunggu esok-esok call tak boleh ke? Haihh..
“Hello assalamualaikum,”aku menjawab panggilan setelah masuk ke dalam kereta.
“Waalaikumsalam. Sha,kau kat mana?”mukadimah Nissa.
“Aku kat dalam kereta,nak balik rumah. Kenapa? Kau kat mana?”soalku.
“Haa bagus. Aku tunggu kau kat rumah eh? Cepat sikit tau balik? Drive laju-laju,kalau kena saman aku bayarkan.” Wahh,ini cukup bagus. Nak tolong bayarkan saman aku,tapi suruh aku bawak laju pulak.
“Eh,kau tak kerja ke?”tanyaku.
“Aku half day hari ni,”jawab Nissa.
“Half day kenapa? Kau sakit? Pergi klinik tak?”tanyaku bertubi-tubi.
“Kau balik je cepat. Karang aku ceritalah kat kau. Banyak tanya pulak,”eh eh makcik ni. Marah aku pulak.
“Hmm,okeylah. Jumpa kat rumah nanti. Assalamualaikum,”aku memberi salam.
Pelik,Nissa half day? Apa sudah jadi sama ini amoi? Pelik-pelik je dia ni lah. Selalunya sakit-sakit pun nak jugak pergi kerja. Tak bolehlah kalau sehari tak tengok muka manager dia tu,boleh meroyan katanya. Tapi untung nasib badan kalau tiba-tiba big boss datang office. Boleh cuci mata. Ceh!
Aku terus memandu pulang setelah menamatkan perbualan. Pelik-pelik pun tak sabar jugak nak jumpa Nissa. Yela,nak tahu jugaklah kan penyebab minah tu kerja half day. Sekali dalam seratus tahun okey?
Lagipun boleh jugak aku tanya dia,mana satu manager office dia tu. Yela,kan calon-calon lain bukan main puji lagi manager dia. Konon handsome bagai nak rak. Tapi aku tengok takde pun yang handsome bagai nak rak. Handsome gitu-gitu je ada lah,Encik Ikmal dengan Encik Qaleef tu. Encik Hisham? Memang tak lah kan? Dah berumur.
Sampai je kat rumah..
“Shaaaaaaaa,”
Adoi makcik ni,pekak telinga aku. Jerit macam aku jauh berbatu-batu. Padahal aku depan mata dia je. Nissa,Nissa.
“Kau tak payahlah nak menjerit macam tu. Aku kat depan kau je ni haa,bukan jauh pun,”ujarku sambil menutup telinga. Bingit okey!
“Jom masuk. Cepat,cepat,”gesa Nissa sambil menarik tanganku. Kelam kabut punya pasal,handphone aku terjatuh.
“Weyh,kau agak-agaklah nak tarik pun. Kau tengok ni,kan dah jatuh phone aku. Nasib baik tak bersepai. Kalau bersepai sape nak jawab? Aku bukan kerja lagi,tak banyak duit macam kau. Aku ni kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Kalau tak kais,tak makanlah aku jawabnya,”aku melirihkan suara.
“Ah kau,tak payah nak berdrama kat sini eh. Kais pagi kais petanglah sangat. Kau tu tak payah kerja pun takpe lah. Tak habis harta abah kau tu. Kalau anak orang kaya tu buat cara anak orang kaya lah. Berlagak miskin pulak dia,”rengus Nissa.
“Yang kaya tu abah dengan ibu aku. Aku ni tak kaya. Lagi tepat papa kedana kau tau tak? Kau membebel lagi,aku cabut masuk bilik,”ugutku.
“Eh,eh. Okey,aku tak bebel dah. Jomlah masuk cepat.” Makcik ni main tarik je,main heret je. Tak sabar betul,gegabah.
“Hahh,cepat cerita kenapa kau half day hari ni?”soalku sebaik sahaja aku melabuhkan punggung ke sofa. Pashmina kubuka,ikatan getah rambut kuurai.
“Sajalah aku half day. Aku sihat je,tak sakit apa pun. Aku excited nak tau pasal interview kau tu. Punyalah excited aku ni sampai satu kerja pun tak jalan. So,baik aku balik kan? Kerja pun aku bukan buat kerja. Asyik fikir pasal interview kau je.” Tudiaaa,bagus punya alasan. Sebab tu je?
“Kau ni mental ke apa Nissa? Tak pernah-pernah kau buat perangai pelik macam ni? Karang tiga kali jumaat lagi kau jalan karang,”usikku.
“Oii,tak sayang mulut nampak. Aku giler punya excited untuk kau,kau main cakap pasal mati pulak. Tak nak cerita takpelah. Aku naik atas dulu,”rajuk Nissa.
“Alah,gurau pun tak boleh dah. Cepat cakap,kau nak tau pasal apa?”soalku. Layan jelah makcik ni. Mental-mental pun kawan aku jugak.
“Macam mana interview tadi? Okay?”soalan pertama.
“Okay je. Tapi tulah,diorang cakap apa-apa nanti diorang call. Selalunya kalau dah keluar ayat tu memang takde chance lah kan aku nak dapat?”aku bersuara hampa. Walaupun belum tahu keputusan temuduga tu,tapi aku rasa macam aku takkan dapat je. Takkan aku nak menganggur lagi kut? Haihh,begini gaya jawabnya aku tak kahwinlah. Eheh,kahwin?
“Alaa,tu kan ayat standard penemuduga. Kau relax lah,mesti kau dapat punya. Lagipun requirements yang diorang nak tu kan ada kat kau. Jangan risaulah. Ni aku nak tanya ni. Tadi kau langgar sape yang kau marah sangat tu?”soalan kedua.
“Ow,ni lah yang sebenarnya kau nak tanya tu kan? Kau half day bukan sebab nak tau pasal interview tu kan? Tapi sebab kau tak sabar nak tau mamat mana yang aku langgar kan? Betul tak?”serkapku.
“He he. Pandai sayang aku ni. Tau-tau je kau eh apa yang ada dalam otak aku ni.”
Tersengih-sengih si Nissa ni. Kalau angin gatal dia dah datang,mulalah buat perangai pelik-pelik. Pelik macam hari ni. Patutlah kemain excited lagi. Aku ingat dia excited nak tahu pasal interview tu. Yela,sebab dia yang tolong rekemenkan. Rupanya tak. Dia lagi berminat nak tahu siapa yang aku terlanggar tu. Nasib baik aku bukan jenis cepat touching tahu. Kalau aku jenis cepat touching,memang seminggu lah jawabnya aku touching dengan minah ni. Yela,lebihkan orang lain daripada kawan plus housemate plus best friend forever dia ni. Lagi parah tu,kami tak kenal pun mamat tu.
“Banyaklah kau punya sayang. Aku pun tak tau lah sape mamat tu,aku tak kenal. Kalau aku kenal senang cerita. Masa aku terlanggar dia tu,aku on the phone. Cakap dengan kaulah. Elok aku sampai depan lift,pintu lift terbukak. Aku dahlah rushing,so aku redah jelah masuk lift. Tak perasan dia baru nak keluar lift. Tu yang aku terlanggar tu,”aku menceritakan kepada Nissa tentang “perlanggaran” yang berlaku antara aku dan mamat kerek tapi dah berubah baik tu. Berubah mendadak okey!
“Itulah kau,tak hati-hati. Jalan tu kalau boleh nak sepantas kelajuan cahaya. Kan dah terlanggar orang. Kesian mamat tu,mesti sakitkan kau terlanggar dia. Aku dengar suara dia bukan main marah lagi tadi.” Hai Nissa ni,bela mamat tu nampak. Ini boleh mendatangkan jealous!
“Amboii,sedap cakap makcik. Kau jugak yang suruh aku cepat kan. Takut terlepas interview. Tak nampak bayanglah,tak nampak batang hidunglah. Sekarang marah pulak bila aku rushing sampai terlanggar mamat tu. Aku pun sakit jugak okey? Sengal batang hidung aku ni tak habis lagi tau tak? Langgar dada mamat tulah. Kerek nak mampus. Aku mintak maaf pun dah cukup bagus. Tak tau diuntung betul. At least senyum pun cukuplah kalau dah malas sangat nak cakap. Ni tak,tayang muka ketat kat aku. Menyampah!”marah yang cuba kutahan sedari tadi terhambur jugak. Tapi salah hambur daa,Nissa yang kena.
“Eh,janganlah marah. Sha,mamat tu handsome tak? Selalu kalau kerek,berlagak,sombong mesti handsome orangnya kan? Lepas tu mesti kaya. Anak tunggal,waris tunggal. Romantik,sweet. Kan?” Lebar sengih Nissa.
“Haah,handsome. Handsome sangat sampai kalau kau tengok kau boleh koma. Lebih-lebihlah kau punya imaginasi. Dalam novel bolehlah macam tu. Ini reality okey?”cantasku.
Nissa,Nissa. Tu mulalah tu nak berangan. Sengih-sengih. Ini kalau dia tengok mamat tu,mau sebulan dia tak makan pun takpe. Kenyang. Kalau dia tahu mamat tu belanja aku makan tadi,mau meroyan betul-betul minah ni.
“Kau ni,aku baru nak berangan kau dah kacau. Potong stim betullah,”rungut Nissa.
“Nissa,aku nak tanya kau nie. Manager travel agency yang kau kerja tu yang mana eh? Nama apa?”soalku. Soalan yang sedari tadi lagi bermain dibenakku.
“Kenapa? Kau dah jatuh hati eh? Itulah kau. Dulu masa aku meroyan tak tengok dia sehari,kau kutuk aku kan. Jangan kau cakap kau pulak meroyan sekarang ni. Nama dia Ikmal.” Ow,Ikmal manager dia. Takdelah handsome sangat,bolehlah.
“Encik Ikmal? Aku ingat Encik Hisham sebab dia yang duduk tengah. Lagak dia pun macam dia je manager. Lagipun nampak dia berumur sikit. Sebenarnya aku tertanya-tanya ni. Tadi calon-calon lain punyalah excited. Setiap kali calon-calon lain keluar dari bilik interview tu,macam-macam komen aku dengar. Semua puji giler manager tu,macam handsome tak hingat. Tapi kalau Encik Ikmal tu manager dia,takdelah handsome mana pun,”cebikku.
“Itulah kau tak tau. Datang lambat lagi. Sebenarnya tadi ada big boss datang office. Tapi masa dia tengah interview calon yang kelima tadi,dia dapat call. Tu yang dia keluar tu. Encik Hisham tu pulak yang gantikan tempat dia. Maybe dialah yang diorang cakap handsome tu. Bukan Encik Ikmal tu. Rugi tau kau tak dapat tengok dia. Handsome giler,rugi kau,”semangat Nissa up kan saham big boss dia tu.
“Eleh,kau tu kambing jantan pakai loafers pun kau cakap handsome. Baik mamat kerek yang aku langgar tadi tu lagi handsome. Rugi kau tak tengok dia Nissa,rugi giler,”aku memulangkan paku buah keras.
Handsome sangat ke big boss Nissa ni? Antara mamat kerek tu dengan big boss Nissa,agak-agak mana lagi handsome eh? Mamat kerek tu pun dah handsome giler macam Lee Dong Wook,kalau big boss Nissa lagi handsome? Fuhh,handsome takde tahap lah tu.
“Alaaa…”Nissa tayang muka tak puas hati. Tak puas hati sebab tak boleh tengok mamat kerek tulah.
“Eh dahlah,malas aku layan kau. Baik aku naik bilik. Mandi and tidur. Bye,”aku mendaki tangga naik ke bilik.
Keesokan paginya seawal pukul 10 pagi aku dah dapat call daripada Let’ Travel Agency. Manager travel agency tu,Encik Ikmal mintak aku datang office dia. Nak aku datang office dia? Nak buat apa? Lepas lunch nanti dia nak jumpa aku. Hmm,ada good news kut. Entah-entah aku dapat kerja tu tak? Yeehawww!
Aku turun ke bawah untuk breakfast. Hmm,wanginya bau. Nissa masak apa untuk breakfast ni eh? Tudung salji kubuka. Nissa masak nasi goreng kampung. Patut wangi bau. Ah,tak tahan lapar. Makan dululah.
Ini kalau ibu dengan abah aku tengok,mau kena berleter aku. Tumpang rumah orang,tapi bangun tidur lambat. Tolong masak apa pun tak. Tapi makan,cepat je aku. Nissa,kaulah sahabat aku dunia akhirat. Sayang kau Nissa.
Aku menghabiskan suapanku. Aku naik ke bilik. Nak pilih baju lagi. Nak iron baju lagi. Nak bersiap lagi. Eee,excited. Tak sabar,tak sabar. Nak call Nissa lah bagitau dia. Handphone kucapai lalu aku dail nombor Nissa.
“Nissaaaaa….”jeritku.
“Weyh,pekak telinga aku. Jangan jeritlah,”marah Nissa.
“Sorry,sorry. He he. Aku excited ni. Tadi aku dapat call daripada secretary Encik Ikmal. Guess what? Encik Ikmal mintak aku datang office dia lepas lunch nanti,and aku assume ada good news untuk aku. Eh,kau doa untuk aku eh. Okeylah,aku nak siap ni. Bye,”kataku senafas. Excited punya pasal,cakap pun dah macam si Nissa,macam machine gun.

Aku menyanyi-nyanyi kecil di dalam bilik mandi. Senang hati. Dah tak serabut perut dah. Walaupun belum tahu tujuan Encik Ikmal mintak aku datang office dia,tapi aku rasa macam aku dapat je. Hmm…..

Friday, 13 December 2013

MY TOURIST GUIDE BAB 2

BAB 2
            Aku memandu Suzuki Swift membelah kesesakan lalulintas. Hasrat hati ingin mengisi perut sebelum aku merewang ke tempat lain. Hailaa,lunch soranglah aku nampak gayanya. Call si Nissa pun tak berangkat. Kalau tak, boleh jugak ajak dia teman aku lunch. Baru aku berura-ura nak call Nissa lagi sekali,handphone aku berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Panjang umur kau Nissa. Aku baru sebut-sebut nama kau,kau dah call aku.
“Hello assalamualaikum,”aku memberi salam.
“Waalaikumsalam. Sha,kau kat mana? Macam mana interview tadi? Sempat tak kau attend interview tu?”bila Anissa membuka mulut.
“Aku kat dalam kereta,on the way nak pergi lunch. Aku pergi interview tadi,risau sangat aku tak pergi. Yang kau ni aku call tak reti nak angkat tu kenapa? Campak phone tu dalam longkanglah wei kalau tak tau guna,”kau ingat kau je pandai sembur aku ye Nissa.
“Balas dendam nampak makcik. Sorrylah,aku bukan sengaja tak pick up call kau. Aku meeting tadi. Baguslah kalau kau attend interview tu. So macam mana? Dapat?”soal Nissa.
“Entahlah,tapi tadi diorang cakap anything we’ll call you. Selalunya kalau ayat tu,memang kompem tak dapatlah kan? Haihh,tanam anggur lagilah aku nampak gayanya. Nasib badan daa,”keluhku.
“Mana kau tahu tak dapat? Kau ni cepat sangatlah buat andaian. Entah-entah rezeki kau kerja satu company dengan aku. Nasib akulah kan. Kat rumah hadap muka kau,kat office pun hadap muka kau.” Eh makcik ni,tadi support aku,ni condemn pulak.
“Kalau macam tu aku pindah rumahlah. Kat office je kita jumpa,kat rumah tak sebab dah duduk asing. Kan?”sindirku.
“Kau berani pindah,aku siat kulit Swift kau tu. Mengade,gurau sikit pun tak boleh,”ugut aku pulak dah. Tadi puji,lepas tu condemn. Sekarang ugut pulak. Tapi aku tahu dia gurau je.
“He he he,tahu takut. Eh Nissa,balik nanti kita story lagi eh? Aku drive ni. Assalamualaikum,” aku mengakiri bicara seraya mematikan talian.
Aku dengan Anissa ni dah lama kenal,dah lama bersahabat. Persahabatan kami terjalin sejak lima tahun lalu. Masa tu kami sama-sama mendaftar sebagai pelajar diploma di UiTM Dungun. Aku Diploma Pelancongan dan dia Diploma Perakaunan. Kebetulan juga kami menjadi teman sebilik.
Mengenali Anissa menjadikan aku sedikit matang. Yela,aku kan terkenal dengan perangai childish aku. Dia juga banyak mendisiplinkan aku yang sememangnya kurang berdisiplin atau lebih tepat,tak berdisiplin langsung. Walaupun berada jauh daripada ibu dan abah aku,tapi aku tak terasa sangat kesunyian itu.
Anissa umpama pengganti ibu aku. Dia suka bebelkan aku. Bila dikejut aku bangun solat subuh tapi aku tak bangun,disimbahnya aku dengan air. Aku memang susah bangun pagi,aku suka buat kerja last minute. Semua aktivitiku dia yang pantau. Tabiat tegarku yang sukar diubah,aku selalu iron baju last minute. Class aku pukul 8.00 pagi. Aku bangun pukul 6.30 pagi,itupun setelah disimbah air. Aku iron baju pukul 7 sesudah mandi. Akibatnya aku selalu rushing kekelas. Dan akibatnya jugak,aku kena tadah telinga dengar bebelan dia.
Dia selalu paksa aku study and buat revision dengan dia. Mula-mula aku bengang jugaklah. Yela,kena paksa buat sesuatu yang aku tak suka. Tapi makin lama kenal Anissa,makin aku selesa dengan dia.
Aku tak kisah dan aku tak pernah marahkan dia bila dia paksa atau bebelkan aku. Malah aku terasa hari-hariku sunyi dan pelik kalau Nissa tak bebelkan aku. Aku tahu dia sayangkan aku dan aku pun sayangkan dia. Mulut laser dia dan perangai tak semenggah aku tak pernah halang kami menjadi sahabat karib.
Nasib Anissa baik,dia dapat tawaran bekerja dengan syarikat pelancongan Let’s Travel Corporation semasa kami di tahun akhir pengajian diploma. Pada mulanya,dia hanya mencuba nasib dengan menghantar resume untuk jawatan akauntan apabila terbaca iklan jawatan syarikat itu di akhbar. Nyata memang rezeki dia bila dia boleh mula bekerja sebaik sahaja tamat belajar.
Berbeza pulak dengan aku. Puas aku menghantar resume dan memohon kerja,tapi tak satu pun yang aku dapat. Atas sebab tulah aku sambung belajar sampai ke peringkat ijazah. Dan sekarang,walaupun sudah setahun aku tamat belajar namun aku masih menganggur.
Sekarang aku tinggal dengan Anissa dirumah sewanya. Hidup aku makan tidur,makan tidur. Sebab tu Anissa beria-ria paksa aku cari kerja. Kebetulan syarikat dia kerja tu sedang mencari seorang pemandu pelancong. Aku pulak dengan tak malunya suruh Anissa rekemenkan aku kat bos dia untuk jawatan pemandu pelancong tu. Itu pasallah makcik tu bukan main bising lagi tadi bila tak nampak batang hidung plus bayang aku tadi.
Berangan punya berangan rupanya aku dah sampai daa. Tempat makan favourite aku,restoran KFC lah. Cepat dan sedap. Makan sorang pun makan soranglah,janji kenyang. Perut aku pun dah berdondang sayang ni. Aku kunci kereta dan mengatur langkah.
“Auchh!”suara orang mengerang sakit.
Auchh dia je yang dia tahu,auchh aku dia tak tahu pulak. Sakit dahi aku tahu. Malaun mana pulaklah yang langgar aku ni. Malang betullah nasib aku hari ni,asyik terlanggar dan dilanggar saja.
“You? Again?” Hmm,gaya dan nada pertanyaan tu macam aku pernah dengar je.
Mukaku angkat,pandang makhluk kat depan aku ni. Kan aku dah cakap,aku pernah dengar gaya dan nada pertanyaan tu. Siapa lagi,mamat kerek se-universe tulah. Nasib kaulah Sha,asyik bertembung dengan dia je.
“Yeah,I’m again. But kali ni you yang langgar I,bukan I langgar you. So,kita seri 0-0,”kataku bersahaja.
Aku pandang lagi wajahnya. Muka dah sedia putih kemerahan. Bila disimbah panas mentari,wajah itu semakin kemerahan,ditambah pula dia sedang menahan senak didada mungkin akibat terlanggar aku tadi.
“Senangnya you cakap. Yang sakitnya I,bukan you.” Haip,copycat! Tiru ayat aku.
“Excuse me mister. You tengok dahi I ni,merah okay. Ni semua dada you punya pasal. Tuan sengal,dada pun sengal. Lama-lama I pun sengal jugak. Dah,I gerak dulu,”aku menembaknya sesedap mulutku.
“Tunggu,”pintasnya sebelum sempat aku buka langkah.
“Yes mister,you nak belanja I ke? Kalau tak,tolong jangan buang masa I. I tengah lapar ni,karang dengan you sekali I telan,”aku senyum mengejek.
“Okay,I belanja you.” Eh? Aku tersentak. Lah,mulut aku pun satu. Ikut sedap dia je nak cakap kan.
“Whatever,”aku mempercepatkan langkahku. Mintak mintaklah mamat ni blah.
Aku toleh kebelakang,dia membuntutiku. Malah dia mempercepatkan langkahnya menyaingi langkahku. Hishh,bikin hati bengkek!
“Kita nak makan kat mana ni?”
“KFC.”
“KFC? Takde tempat lain ke nak makan? Sudahlah perangai macam budak-budak,makan pun suka makan macam budak-budak.”
Eh,makan KFC macam budak-budak ke? Asal banyak songeh sangat mamat ni. Kecik besar kecik besar je aku nampak mamat ni. Aku tengah lapar ni,karang aku ngap mamat ni karang.
“Eh,suka hati I lah nak makan kat mana pun. And suka hati I lah nak makan macam budak-budak ke,nak pakai macam budak-budak ke,nak tidur macam budak-budak ke nak apa-apa macam budak-budak ke. You sibuk kenapa? Ada I ajak you join ke? Tak kan? You yang gatal nak ikut,lepas tu nak complaint bagai. Sebelum I ngap you untuk lunch I hari ni,better you diam.”
Haa,cari pasal lagi dengan aku. Kan dah kena sembur. Tapi aku tengok dia senyum je,meleret lagi tu. Tak nampak macam nak marah pun. Pelik pulak aku,mana pergi perangai dia yang ek plus kerek tak hingat tu.
“Okaylah,kita makan kat KFC. Saya belanja awak. Macam budak-budak anginnya,”gelak lagi. Tapi,aku pelik. Dia cakap saya awak dengan aku. Mana pergi i-you dia?
Aku memilih tempat yang agak tersorok sementara mamat yang kerek tapi tiba-tiba berubah baik tu pergi order makanan. Aku membuang pandang memerhati sekeliling restoran. Ramai pulak orang hari ni. Sambil menunggu makanan aku sampai,sempat lagi aku mengelamun.
Macam manalah aku boleh setuju mamat ni belanja aku makan. Tadi bukan main bengkek lagi aku dengan dia,tapi aku setuju tu kenapalah. Dahlah baru kenal,itupun kenal sebab terlanggar. Siap perang mulut lagi. Tapi tiba-tiba baik pulak mamat tu.
“Jauh mengelamun. Nah,makanan awak,”tegur satu suara.
Terbang habis lamunan aku. Bila pulak dia sampai? Dah lama ke dia duduk? Dia tahu aku mengelamun? Kalau dia tahu aku mengelamun pasal apa,malu aku.
“Er,thanks,”aku menarik makananku. Pandai pulak mamat ni orderkan untuk aku. Mana dia tahu favourite lunch aku ni? Set lunch treat dengan air milo.
“My pleasure. By the way,saya Ekran. Ekran Firdaus,”baru teringat nak perkenalkan diri.
“Saya Qurainsha,”balasku.
“Qurainsha? Qurainsha apa?”soalnya.
“Nama sayalah Qurainsha tu,”jawabku kasar.
Dah dia perkenalkan namanya,aku pun bagitahulah nama aku. Boleh pulak dia tanya Qurainsha apa. Takkan tak boleh fikir kut brader?
“Maksud saya nama awak Qurainsha apa? Nama saya Ekran Firdaus,nama awak Qurainsha…?” Ow,itu maksudnya. Cakap biar terang dong pak,ha ha ha.
“Ammara Qurainsha Binti Borhan. I/C number saya tak nak tanya?”sindirku. Dia ketawa kecil.
“Lovely name,macam tuan dia jugak. I/C number awak tu tunggu kita nak kahwin nanti saya tanya,”sebut kahwin-kahwin pulak. Siapa nak kahwin dengan awak.
Mamat ni kan,aku nak makan pun tak senang. Main tengok-tengok,tenung-tenung pulak. Jamah jelah makanan kau tu,tak payah tilik muka aku. Naik segan aku. Karang muka aku blushing,naya je. Yang malu aku jugak.
“Muka awak blushing,blushing sangat. Kenapa? Awak malu eh?”sakatnya.
“Mana adalah,panas. Sebab tu blushing. Lagipun buat apa nak malu dengan awak,buang karan,”aku mana boleh kalah. Mesti mau lawan maa.
Dan dia,gelak gelak gelak dan terus gelak. Mental ke? Tak habis-habis gelak. Aku rasa aku tak buat lawak pun. Kesian. Muka handsome,tapi otak tak centre. Ha ha ha.
“Orang tua-tua cakap,kalau perempuan tu muka dia merah bila berdepan dengan seseorang lelaki tu tandanya dia sukakan lelaki tu. Awak suka saya eh?”giatnya lagi.
“Oh please lah. Kenal awak pun tak,nak suka awak? Memang tak lah,”bidasku.
“Maksudnya kalau awak kenal saya,awak suka saya lah kan?” Tak habis lagi mamat ni.
“Cut the crap,will you? Makan jelah. Banyak songehlah awak ni. Macam makcik-makcik. Makcik tu pun tak banyak songeh macam awak,”kataku seraya memuncungkan bibir kearah makcik yang duduk berdekatan kami. Dan untuk kesekian kalinya,dia ketawa lagi.

Aku tak pedulikan dia. Yang aku tahu aku lapar. So,jemput makan. Bismillah , ngap. Satu sudu,dua sudu,tiga sudu dan sudu-sudu seterusnya. Makhluk depan aku ni terus-terusan tenung aku sambil sesekali tersenyum. Tenunglah kau sampai esok pun,aku tak heran. Aku tenung makanan aku lagi bagus.

The Elegance of Pachelbel-Serenade

Thursday, 12 December 2013

MY TOURIST GUIDE BAB 1

BAB 1
“Hoi cik kak,kau kat mana? Kau tengok jam kau sekarang pukul berapa? Interview kau pukul berapa? Kau nak terlepas interview tu? Kau tak nak kerja? Kau nak menganggur sampai tua?”
Tudiaaa,machine gun dah bunyi. Call aku salam tarak apa pun tarak terus terjah macam ni. Cair tahi telinga aku pepagi buta ni. Er,pagi buta ke? Ah,lantaklah pagi buta ke pagi celik ke.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ye cik Anissa,nak apa call saya pagi-pagi buta ni?”kan dah jadi ustazah aku ni.
“Waalaikumsalam. Pagi buta lutut kau. Kau reti tengok jam tak ni? Sekarang dah pukul 10 pagi,interview kau pukul 10.30 pagi. Tapi jangankan batang hidung,bayang kau pun aku tak nampak. Kau jangan Sha. Kau yang over mintak aku rekemen kau untuk jawatan tourist guide tu,jangan kau buat hal pulak. Malu aku kat bos aku tu.” Haihh,makcik ni,kalau cakap satu-satu tu memang tak boleh. Aku pun confuse,dia ni cakap ke membebel. Nasib baik aku faham dia cakap,kalau tak nganga je lah aku.
“Amboi makcik,kau kalau satu hari tak sembur aku tak boleh eh? Aku reti tengok jam. Memanglah kau tak nampak bayang aku sebab dalam bangunan ni takde cahaya matahari. Aku baru sampai lah,ada depan lift ni haa. Aku tahu lah kau yang rekemen,sebab tu riuh macam murai tercabut ekor. Aku takkan malukan kaulah. Ni Ammara Qurainsha okay. Relax sister sister relax,”sempat lagi aku menyanyi. Ini kalau orang nampak aku nyanyi ni sah-sah orang cakap aku gila.
Tiba-tiba…bum!
“Adoi,sakit hidung aku,”aku menyeringai sambil menggosok-gosok hidungku yang terasa perit akibat terlanggar benda tadi.
Benda? Aku fokuskan pandanganku ke lantai didepanku. Benda ada kaki ke? Mak aihh,tapak kaki besar giler. Mau kasut saiz 9 10 jugak ni. Kaki pun panjang,berapa inci agak-agak eh kaki benda ni? Eh eh,benda ni pakai seluar slack warna hitamlah. Lagi aku dongak,dongak dan dongak. Adeh,sakit leher aku. Tinggi betul benda ni.
Gulp! Nafasku tersekat,mataku terpaku. Ini bukan benda daa. Ini manusia,makhluk Allah yang paling handsome pernah aku tengok. Lama mataku terpaku melihat seraut wajah putih bersih kemerahan. Makhluk tu sedang mengurut dada. Er,aku terlanggar dada dia ke tadi? Kesian,berkerut-kerut muka dia tahan sakit.
“Er,maafkan saya. Saya tak perasan encik tadi,”aku memohon maaf.
“Macam mana nak perasan kalau jalan tu menonong je tak toleh kiri kanan. Jalan sambil on the phone macam tu,menyanyi pulak tu. Macam orang gila.” Ewahh,cantik bahasa. Kan betul cakap aku,mesti orang cakap aku gila.
“I’m sorry. Kalau saya gila sekalipun,kenapa? Saya kacau encik? Saya mintak maaf pun dah cukup baiklah encik. Lagipun yang sakitnya saya,bukan encik. Yang nak bising mengalahkan ayam nak bertelur tu kenapa?” Hah,amekaw!
“What? You cakap I macam ayam nak bertelur? Hey! Who do you think you are? You sape nak cakap macam tu dekat I? Don’t you know who am I?”soal makhluk angkuh depan aku.
“Erk? Listen here mister. I don’t even care who you are or where you’re from. Yang I tahu I dah mintak maaf. You nak maafkan I atau tak,up to you. None of my business. Tak luak pun kalau you tak maafkan I. Okaylah,I got to go.” Padan muka kau. Apa kau ingat kau sorang je boleh ber-I-you dengan aku. Pooodahh! Terkebil-kebil kau.
“Hello,oi Sha. Kau dengar tak apa aku cakap ni?”
Hampir aku lupa. Si Nissa ni still on the phone lah. Ni semua gara-gara makhluk sombong tu lah.
 “Sorry Nissa. Aku tak dengarlah apa kau cakap. Tadi aku terlanggar sorang makhluk kerek ni. Aku tahu salah aku,tapi aku dah mintak maaf. Tapi kau tahu tak,makhluk tu Ya Allah punyalah kerek. Aku mintak maaf pun dah cukup bagus,lagi nak sembur aku. Dah tu boleh pulak dia soal aku,don’t you know who am I? Piraahhh!”aku menghamburkan rasa geramku.
“Eh,kau terlanggar sape? Kat mana? Handsome tak? Yela,selalu kalau kerek-kerek ni mesti handsome orangnya kan?”angin gatal makcik ni dah datang.
“Dahlah,malas aku nak layan kau. Baik aku prepare untuk interview kejap lagi. Assalamualaikum,”kataku seraya mematikan talian.
Aku masuk kedalam lift untuk ke tempat interview aku di tingkat 3. Hari ni aku ada interview untuk jawatan pemandu pelancong di salah satu syarikat pelancongan di Malaysia, Let’s Travel Corporation. Semua ni berkat pertolongan makcik si mulut becok tu,Anissa. Kalau dia tak tolong rekemenkan aku,belum tentu aku dapat tawaran interview kat travel agency ni.
Aku melangkah dengan penuh semangat memasuki ruang legar pejabat Let’s Travel Corporation. Tapi tiba-tiba semangat aku yang berkobar-kobar tadi merudum jatuh macam pasaran saham di Wall Street. Mana taknya,aku tengok calon-calon lain jauh lebih berkelayakan daripada aku. Cukup pakej. Muka cantik,tinggi lampai. Pakaian pun up-to-date. Lagipun nampak macam educated. Haihh,tergugat.
Calon-calon lain pun asyik jeling aku je. Apa,pelik sangat ke aku pakai? Aku tilik baju aku pakai,okay je.  Dress plain labuh warna mustard dengan pashmina warna dark brown. What,do I look like an alien? Relax Ain,anggap je diorang tu jealous dengan kecantikkan dan ke”cun”an kau. Haha,angin perasan sudah mali. Ah,pedulikan jelah diorang tu.
Aku duduk di kerusi yang terakhir,satu-satunya kerusi yang kosong. Seorang demi seorang calon di panggil masuk. Aku masih menanti dengan sabar. Tanganku genggam,cuba bertenang. Nafas ku tarik dalam-dalam lalu ku hembus perlahan. Setiap kali calon-calon lain keluar dari bilik temuduga,aku perhatikan mereka. Beraneka jenis komen aku dengar daripada mulut mereka. Eheh,macam biskut beraneka jenis.
“Handsome giler manager dia.”
“Cara manager dia pandang I tadi,macam dia sukakan I.”
“I jatuh cinta dengan manager dia.”
“Manager dia single lagi ke? Agak-agak I ada peluang tak eh?”
“Mesti I terpilih untuk jawatan tourist guide tu sebab I yang paling layak.”
Begitulah antara komen-komen diorang. Banyaknya komen yang angkat bakul sendiri. I wonder,handsome sangat ke manager tu? Semua calon asyik puji je dia. Nak jugaklah kan tengok. Betul ke handsome,jangan rompong sudah.
“Cik Ammara Qurainsha Binti Borhan,”lamunanku tersentak bila namaku dipanggil oleh setiausaha manager “handsome” tu.
“Saya,”ujarku seraya bangun mendapatkan wanita anggun yang berkebaya pendek itu.
Wanita itu membawaku ke bilik temuduga. Nervous punya pasal,jalan pun dah terpelecok. Buat malu je. Okay Sha,you can do it. Tarik nafas,hembus. Tarik nafas,hembus. Tarik nafas,tahan then hembus. Maniskan muka Sha,senyum. Akalku menyuntik semangat untuk tuannya. Pintu bilik temuduga itu kuketuk,menunggu arahan menyuruhku masuk.
“Masuk,”kedengaran suara dari dalam bilik itu menyuruhku masuk.
“Assalamualaikum,selamat pagi,”ucapku setelah daun pintu kubuka. Senyuman yang paling manis kulemparkan buat penemuduga-penemuduga itu.
“Waalaikumsalam,selamat pagi. Silakan duduk,”salah seorang penemuduga itu menjawab salamku sambil mempelawaku duduk. Ketiga-tiga mereka membalas senyumanku.
Hmm,first impression aku untuk diorang ni,nampak professional. Senyum diorang pun nampak ikhlas je,tak nampak macam buat-buat. Okeylah kan,takdelah aku nervous sangat. Impression penemuduga pun memainkan peranan penting dalam suatu temuduga itu sendiri. Yela,kalau penemuduga tu asyik tayang muka ketat je sepanjang temuduga,tak ke pressure calon-calon temuduga tu. Kan?
“Please tell us about yourself,”salah seorang penemuduga itu bersuara. The interview session had just started.
“Assalamualaikum and good morning. I’m Ammara Qurainsha Binti Borhan. I’m 22 years old and I graduated with a degree in Tourism from Universiti Teknologi Mara,”aku menceritakan sedikit tentang latarbelakang pendidikanku setenang yang mungkin. Segaris senyuman aku hadiahkan buat mereka.
“Well,you have an excellent achievement throughout your study years. I’m impressed,” penemuduga pertama memujiku. Ikmal,nice name. sesuai nama dengan perwatakkannya. Yang penting,handsome! Gatal kau eh Ammara Qurainsha.
“So Miss Qurainsha,tell us about your abilities. Why do we have to hire you for this post?” penemuduga yang kedua menyoalku. Aku agak mungkin dia adalah ketua penemuduga memandangkan dia berada ditengah dan kelihatan sedikit berusia. Aku jeling tag namanya,Hisham.
Eh,tak mungkinlah dia ketua temuduga. Yela,selalunya manager yang jadi ketua temuduga kan? Pulak tu,calon-calon lain bukan main puji lagi yang kononnya manager dia tu handsome sangat sangat. Kalau Encik Hisham ni manager dia,mana handsome pun. Tapi kalau yang lagi dua orang tu,mungkinlah. Encik Ikmal dengan Encik Qaleef. Handsome,tapi handsome tahap biasa-biasa je. Handsome tahap luarbiasa tu mamat yang aku terlanggar tadi tu.
Ewahh kau,suka hati kau je nak tahapkan ke”handsome”an orang kan? Kau tu cantik sangat ke Sha? Cantik,cantik sangat-sangat. Kalah Miss World tau. Eheh! Sempat lagi aku mengelamun.
“Thank you for your question Mr. Hisham. Actually I’m a multitasking person. Well,I have several experiences in several jobs before. Before this,I used to work as an admin clerk. So,I’m master in plenty of computer software like Microsoft Office Word,Excel and Powerpoint.
Furthermore,I also used to work as a teacher,front desk officer and a promoter. Lucky me,all my jobs before had trained me in my communication skills. I’m also fluent in three languages which are Malay,Cantonese and English. So I’m sure I can communicate well with the tourist if I were given this post.
I’m a dedicated and committed person. Since this job field is my passion,I guarantee you that I’ll do my best. I’m also a fast learner. I am able to work with a team and also able to work for a long hours. Last but not least,travel is my hobby. So,I have many experiences in travelling and I also have plenty of knowledge in tourism sector in our country,Malaysia,”aku mengakiri bicara.
“Okay Miss Qurainsha,you’ve impressed us. Anything we’ll let you know,”akhirnya bersuara jugak penemuduga terakhir,Encik Qaleef.
“Thank you for spending your time for me,assalamualaikum,”ujarku seraya bangun dan melangkah keluar.
Fuhh,lega! Terlepas satu beban,ringan bahu aku. Semoga aku dapat jawatan pemandu pelancong tu. Dah lama aku tanam anggur,tapi berbuahnya tak jugak. Penat tau menanam tapi takde hasil.